in , ,

TV3 Anjur Festival #KAMIBERSAMAMU di Putrajaya

Bulan Disember menjelma lagi dan sudah pastinya ramai yang bakal memulakan azam baru atau cuba menghabiskan senarai impian yang masih belum tertunai. Apa pun jua azam anda pastikan ianya sesuatu yang positif dan juga memanfaatkan orang lain. Bagi TV3, penghujung tahun ini bakal disambut dengan menghulurkan rasa kasih dan sumbangan kepada insan-insan yang memerlukan.

Untitled

Sambutan istimewa itu adalah menerusi ulangtahun rancangan berbentuk khidmat masyarakat – Bersamamu – yang sehingga kini mempertahankan objektif rancangan itu iaitu menghulurkan bantuan dan meringankan beban bagi masyarakat yang memerlukan bantuan. Atas dasar keprihatinan orang ramai, rancangan Bersamamu kini telah bertahan di Malaysia selama 10 tahun. Para penonton juga pastinya telah banyak kali disentuh hatinya menerusi paparan realiti sebenar segelintir masyarakat yang harus diberi perhatian.

Untitled

Namun simpati sahaja tidak mampu mengubah apa-apa sekiranya tidak direalisasikan dengan tindakan. Lantas sebuah festival amal #KAMIBERSAMAMU mengajak orang ramai untuk menggunakan peluang ini untuk menghulurkan rasa kasih dan sumbangan mereka ke Tabung TV3 Bersamamu menerusi pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

#KAMIBERSAMAMU akan diadakan pada hari Sabtu, 19 Disember 2015 bertempat di Esplanade, Alamanda, Putrajaya dengan menghimpunkan barisan para personaliti TV3 bersama artis-artis terkenal tanah air untuk turun padang menyediakan gerai jualan di mana sebahagian hasil kutipan mereka pada hari itu akan diserahkan kepada Tabung TV3 Bersamamu. Antara artis yang terlibat ialah Jaclyn Victor, Erra Fazira, Elizad Sharifuddin, Dayang Nurfaizah, Dayana Roza, Anis Al Idrus, Sarah Fazny, Sakura Band, Sandra, Drama Band dan ramai lagi yang bakal membuat penampilan istimewa.

Untitled

Antara aktiviti yang bakal mengisi festival itu adalah gerai jualan, lelongan barangan peribadi selebriti, konsert mini #KAMIBERSAMAMU, sesi ramah mesra dan aktiviti permainan dan hiburan sambil beramal. Anda juga boleh menyertai beberapa aktiviti di booth mini Selera, Cerekarama, Bananana! yang melibatkan para artis dan chef kesayangan anda yang juga merupakan wajah-wajah di rancangan TV3. Booth Bersamamu juga mempunyai pengisiannya yang tersendiri dan penuh inspirasi untuk kunjungan orang ramai.

Untitled

Selain itu orang ramai juga diminta menyahut cabaran #cilipadichallenge dan mencabar kenalan anda di instagram. Mesej cabaran ini ialah ‘tak rasa, tak tahu’ di mana orang ramai diminta menyelami perasaan mereka yang mengalami keperitan hidup. Antara selebriti yang dilihat menyahut cabaran itu ialah Ally Iskandar, Teh Syuhaida, Hazrena Kasim, Faizal Ismail, Fizo Omar, Nisa Aznan serta beberapa orang awam. Cabaran ini dijangka bakal disahut lebih ramai kenalan artis dan masyarakat sebagai tanda sokongan terhadap kempen #KAMIBERSAMAMU

Untitled

Selain mendapat sokongan positif daripada para selebriti, #KAMIBERSAMAMU juga mendapat sokongan padu daripada Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV Wins Best Entertainment Award At Asian Television Awards 2015

Peraduan Premiere With Budiey ALVIN & THE CHIPMUNKS: THE ROAD CHIP