Berita baik pastinya kepada penonton segenap lapisan masyarakat yang tidak melanggan siaran TV berbayar apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku hos penyiar membawakan acara berprestij Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014 pada 26 Mac depan.
Dipancarkan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur, seluruh dunia bakal memberikan tumpuan kepada negara kita yang bertuah dipilih menjadi tuan rumah anugerah berprestij yang mengiktiraf pencapaian sukan sepanjang tahun kalendar 2013 ini.
Siaran Langsung Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014 Hanya di TV2, RTM
[dropcap]M[/dropcap]enariknya seawal jam 8.30 malam, penonton berpeluang menyaksikan acara karpet merah sebelum diikuti bahang kehangatan siaran langsung bermula pukul 9.00 malam menerusi saluran TV2.
Memasuki tahun ke-15 penganjurannya, Anugerah Sukan Dunia Laureus yang diiktiraf sebagai acara kehormat terulung dalam kalendar sukan antarabangsa ini bakal menobatkan pemenang dalam tujuh kategori dipertandingkan Atlet Lelaki Terbaik Dunia Laureus, Atlet Wanita Terbaik Dunia Laureus, Pasukan Terbaik Dunia Laureus, Anugerah Cemerlang Dunia Laureus, Anugerah Kemunculan Semula Dunia Laureus, Anugerah Kesukanan Dunia Laureus untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan Anugerah Aksi Kesukanan Dunia Laureus.
Terdahulu nama enam calon bagi setiap kategori dipilih menerusi undian oleh Panel Pemilihan Media Laureus yang dianggotai oleh editor sukan terkemuka, wartawan sukan, penyiar dan wartawan atas talian dari seluruh dunia.
Juri sukan daripada 46 anggota Akademi Sukan Dunia Laureus kemudian akan melakukan undian rahsia untuk memilih pemenang anugerah berprestij tersebut.
Antara tokoh sukan yang pernah memenangi anugerah ini sejak diadakan 15 tahun lalu termasuk Usain Bolt, Sebastian Coe, Novak Djokovic, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Kelly Holmes, Rafael Nadal, PelT, Steve Redgrave, Ronaldo, Michael Schumacher, Kelly Slater, Shaun White, Serena Williams dan Zinedine Zidane.
Senarai pencalonan Anugerah Dunia Sukan Laureus Ke-15:
Calon-calon Atlet Lelaki Terbaik Laureus 2013:
1. Usain Bolt (Olahraga, Jamaica)
2. Mo Farah (Olahraga, UK)
3. Lebron James (Bola Keranjang, Amerika Syarikat)
4. Rafael Nadal (Tenis, Sepanyol)
5. Cristiano Ronaldo (Bolasepak, Portugal)
6. Sebastian Vettel (F1, Jerman)
Calon-calon Atlet Wanita Terbaik Laureaus 2013;
1.Nadine Angerer (Bolasepak, Jerman)
2. Missy Franklin (Renang, US)
3.Shelly Ann Fraser Pryce (Olahraga, Jamaica)
4. Yelena Isinbayeva (Olahraga, Rusia)
5. Tina Maze (Ski, Slovenia)
6. Serena Williams (Tenis, Amerika Syarikat)
Pasukan Terbaik Laureus 2013:
1. All Black (Ragbi, New Zealand)
2. Bayern Munich (Bolasepak, Jerman)
3.Skuad Bolasepak Brazil
4.Bob dan Mike Bryan (Amerika Syarikat, Tenis)
5. Miami Heat (Bola keranjang, Amerika Syarikat)
6. Red Bull Team (F1, Austria)
Pencapaian Sukan Luar Biasa Laureus 2013:
1. Pasukan kriket Afganistan
2. Marc Marquez (MotoGP, Sepanyol)
3. Raphael Holdeppe (Olahraga, Jerman)
4. Nairo Quintana (Basikal, Colombia)
5. Justin Rose (Golf, UK)
6. Adam Scott (Golf, Australia)
Kemunculan Semula Terbaik Laureus 2013:
1.Yelena Isinbayena (Olahraga, Rusia)
2. Rafael Nadal (Tenis, Sepanyol)
3. Oracle Team (Kapal layer, Amerika Syarikat)
4. Tony Parker (Bola keranjang, Perancis)
5. Ronaldinho (Bolasepak, Brazil)
6. Tiger Wood (Golf, Amerika Syarikat)
Tokoh Sukan Kurang Upaya Laureus 2013:
1. Marie Bochet (Ski, Perancis)
2. Marcel Hug (Lumba Kerusi roda, Switzerland)
3. Tatyana McFadden (Lumba Kerusi roda, Amerika Syarikat)
4.Sophie Pascoe (Renang, New Zealand)
5. Sarah Louise Rung (Renang, Norway)
6.Olga Sviderska (Renang, Ukraine)
Aksi Sukan Terbaik Laureus 2013:
1. Jamie Bestwick (BMX , UK)
2. Bob Burnquist (Papan luncur, Brazil)
3.Mick Fanning (Luncur Air, Australia)
4.John John Florence (Luncur Air, Amerika Syarikat)
5.Maya Gabeira (Luncur Air, Brazil)
6.Shaun White (Luncur Papan Salji, Amerika Syarikat)