Filem arahan Tom Dey dihasilkan secara usaha sama antara A Birnbaum/Baurber Production dengan A Jackie Chan Films Limited Production bertajuk “Shanghai Noon” bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 pada 27 November ini, pukul 10.00 malam.
Memaparkan pertembungan identiti dan budaya antara timur dan barat dalam memenangi kehormatan, maruah serta kesetiaan, RTM mengajak penonton mengimbas kembali plot kisah filem ini yang pernah mendapat tempat di hati penonton sekitar tahun 2000.
Shanghai Noon menceritakan tentang watak utama, Chon Wang (Jackie Chan), merupakan seorang penjaga maharaja China pada tahun 1881. Setelah Puteri Pei-Pei (Lucy Lui) diculik dan dibawa ke Amerika Syarikat, maharaja China menghantar tiga pengawalnya untuk mendapatkan kembali anaknya.
Akan tetapi Wang bukan salah seorang daripada pengawal tersebut, namun dia rasa bertanggungjawab atas kejadian penculikan tersebut dan berkeras mahu turut sama menyertai misi menyelamatkan puteri tersebut.
Di Nevada, Roy O’Bannon (Owen Wilson) seorang penjahat bersama ahli kumpulannya menyewakan kereta dimana Wang berada. Ketika Wallace, seorang anggota kumpulan Roy, membunuh pak cik Wang. Wang mengejar penjahat tersebut. Namun penjahat itu bersenjata dan satu-satunya pilihan yang Wang ada untuk melepaskan diri daripada geng tersebut perlu diambil.
Sementara itu, Pei-Pei, mula terfikir kalau dirinya berjaya melarikan diri dan pulang ke China, dia terpaksa meneruskan perkahwinan yang sudah diaturkan oleh keluarganya. Dia mengetahui dirinya diculik oleh agen Lo Fong (Roger Yuan), yang melarikan diri dari Kota Terlarang dan dipandang sebagai seorang pengkhianat oleh China.
Wang yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa memutuskan untuk bekerja sama dengan Roy bagi mendapatkan kembali Puteri Raja sebelum terjadi hal yang tak diingini. Begitu pun dapatkah mereka berdua menyelamatkan puteri tersebut?