in ,

TV2 Siar Filem THE TIME TRAVELER’S WIFE

Idea filem tentang ”mesin waktu” bukan sesuatu yang baru. Filem seperti Back to the Future yang dibintangi oleh Michael J. Fox meledak popular bila diangkat menjadi plot cerita. Justeru khas kepada penonton yang meminati filem mengangkat kisah sebegini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan filem bertajuk “The Time Traveler’s’ Wife” mengisi slot Saturday Matinee pada 2 Mei ini, pukul 2.00 petang di TV2.

Slot Saturday Matinee Siar Filem “The Time Traveler’s Wife” di TV2

Filem ini adalah contoh cinta sejati menjadi pegangan bagi pasangan yang berjaya memiliki pasangan sehati sejiwa yang menampilkan lakonan Eric Bana, Rachel McAdams, Michelle Nolden, Arliss Howard dan Ron Livingston. Menariknya filem ini diadaprasi daripada novel karya Audrey Niffenegger.

Ia dimulai dengan sebuah adegan yang menyayat hati. Menjelang hari Natal, si kecil Henry DeTamble yang baru berusia enam tahun dan ibunya yang bersama-sama menyanyikan lagu Natal, namun perlahan-lahan Henry menghilang. Dan tiba-tiba saja dia sudah berada di lokasi lain, di waktu yang lain.

Untuk waktu yang lama, Henry baru memahami, dirinya berbeza daripada orang lain. Dia mampu berjalan ‘masuk’ ke masa depan; kembali ke masa lalu begitu saja, yang semuanya di luar kekuasaannya. Setiap kali dia menghilang, di tempat dan waktu yang baru itu, dia akan ”mendarat” dalam keadaan tidak berbaju.

Plot kisah filem ini berkongsi bagaimana Henry dewasa, ‘datang dan pergi’ dalam hidup Clare, dan setiap kali pada usia dan zaman yang berbeza. Kisah filem ini berlegar bagaimana percintaan pasangan ini dapat berdiri teguh dengan satu elemen dalam diri Henry yang membuat kehidupan mereka tidak normal.

Bukan hanya itu Henry telah menghilang diri begitu saja pada malam perkahwinan mereka. Tetapi Henry akan tahu bila dan apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang terhadap dirinya dan keluarganya. Termasuklah dia dapat bertemu dengan anaknya sendiri, Alba.

Sesuatu yang amat ditakutinya berlaku juga. Di masa depan dia terpaksa berdepan kenyataan anaknya itu turut mewarisi “gen” untuk dapat menembusi zaman berbeza dan melakukan perjalanan waktu seperti dirinya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sean Connery Dalam Filem James Bond DR. NO di TV2

Telemovie Khas ANAK JAGA MISKIN Sempena Hari Pekerja