in ,

TV2 Siar Drama Bersiri Korea Brain

Bagi peminat siri kedoktoran dan cerita-cerita yang seumpamanya, saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan kelainan dalam program siarannya dengan menyiarkan drama perubatan Korea bertajuk “Brain”. Ia sebuah drama yang bagus kerana penonton bukan sahaja dapat berkongsi jalan ceritanya semata-mata sebaliknya berpeluang mendapatkan ilmu dalam bidang perubatan. Ia kerana banyak terma perubatan yang digunakan dan diberikan penjelasan sesuatu ubat dengan penyakitnya dalam siri ini.

Menemui penonton mulai 20 November depan, setiap Rabu dan Khamis; pukul 5.00 petang menerusi TV2, drama Brain menarik kerana ia memaparkan kehidupan dunia kedoktoran, gaya, pergaulan, tekanan, kejayaan dan kegagalan yang di alami oleh para doktor yang realitinya berlaku dalam kehidupan seharian kita.

BRAIN

Drama bersiri perubatan ini mengisahkan tiga doktor di Hospital Universiti Chunha yang berprestij. Bermula dengan memperkenalkan watak Lee Kang-Hoon (Shin Ha-Kyun), luarannya tampak baik namun sombong. Dia merupakan pakar bedah otak di Chunha Hospital Universiti yang berasal dari latar belakang keluarga yang miskin dan masih dihantui memori sedih kematian bapanya yang disebabkan oleh penolakan doktor untuk merawatnya kerana mereka tiada wang.

Kang-Hoon mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya dan membuktikan bahawa dia adalah yang terbaik. Lawannya Joon-Suk (Jo Dong-Hyeok) yang berasal dari sebuah keluarga yang kesemuanya berlatarbelakangkan doktor. Manakala Kim Sang-Chul (Jung Jin-Young) yang dikenali sebagai pakar bedah otak yang terbaik di Chunha Hospital Universiti. Dia juga mengambil berat terhadap pesakit-pesakitnya dan amat tidak menyukai Kang-Hoon.

Satu hari, seorang lelaki muda rebah di kolam renang dan dihantar ke hospital. Pesakit tersebut tidak sedarkan diri semasa ketibaannya. Kang-Hoon memberikan perintah sebagai persediaan untuk pembedahan, tetapi Joon-Suk mencadangkan agar mereka memanggil Kim Sang-Chul untuk melakukan pembedahan. Kang-Hoon menentang kerana tidak ada masa yang cukup dan melakukan pembedahan sendiri, manakala doktor lain mematuhi operasi yang dijalankan.

Semasa pembedahan, ada saat yang berbahaya apabila aneurysm iaitu nadi pesakit pecah. Pada masa ini, Joon-Suk memanggil Kim Sang-Chul. Kim Sang-Chul bergegas ke bilik operasi. Sementara itu, Kang-Hoon menguruskan operasi dengan baik dan pembedahan dilakukan dengan berjaya, tetapi dia meninggalkan klip terakhir bagi Timbalan Pengarah Hospital. Kang-Hoon mahu menikmati saat-saat sebagai Timbalan Pengarah. Disebabkan sikap yang sombong dan takbur, dia tidak dialu-alukan oleh sesiapa pun di hospital tersebut.

Apakah Kang Hoon berjaya mendapat kepercayaan daripada para pekerja di hospital tersebut. Bagaimana persaingan merebut jawatan antara ketiga-tiga doktor tersebut? Sama-sama luangkan masa menonton drama bersiri ini.

pelakon utama Brain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik Lagu Terbaru Asfan Shah Alasan Untuk Bahagia

Water For Life Anjuran PETRONAS Beri Nafas Baru