in

TV2 Siar Bachelor’s Vegetable Store

Slot Kristal Di TV2 : “Bachelor’s Vegetable Store” Aspirasi Kisah Di Sebalik Kejayaan Peniaga Sayur Muda

[dropcap]D[/dropcap]iinspirasikan daripada kisah benar Lee Young-Suk yang telah mula menjual sayur-sayuran di kedai kecil pada tahun 1998 dan kini berjaya meraih keuntungan besar dengan hasil pendapatan jualan sayur, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot drama bersiri Korea popular di RTM, slot Kristal dengan tayangan “Bachelor’s Vegetable Store” .

Disiarkan mulai 18 Disember depan, setiap Isnin hingga Rabu, jam 5.00 petang menerusi saluran TV2, drama Korea 35 episod ini menyumbang kepada rasa keazaman tinggi dalam menyuntik semangat untuk berjaya dalam diri seseorang individu itu menerusi watak yang ditonjolkan apabila dalam realiti sebenarnya watak kisah benar ini kini memiliki 33 kedai sayur-sayuran di seluruh negara.

bachelor-vegetable-store-10

Kisahnya berlegar di sekitar cerita persahabatan yang terjalin antara empat sahabat yang bertemu tanpa disengajakan. Tae Yang dan Tae-In adalah saudara kandung yang tinggal bersama nenek mereka yang telah uzur sejak kematian ibu dan ditinggalkan oleh ayah mereka yang tidak bertanggungjawab. Si abang, Tae Yang bersahabat baik dengan Jin-Sim yang juga anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan. Mereka bertiga miliki tempat rahsia iaitu kawasan kereta tinggal untuk berehat bersama-sama.

Dalam pada itu, Tae Yang dan Tae-In sering singgah di pasar tani memungut sayur yang dibuang untuk dibawa pulang. Hubungan mesra Tae Yang dan Jin-Sim menimbulkan usikan teman-teman sekolah apatahlagi mereka berdua hidup miskin tidak seperti pelajar lain. Ketika itu timbul keinginan hati Tae Yang untuk membeli alat kelui untuk dihadiahkan kepada Jin-Sim dan dia mula berusaha gigih menjual sayur yang dikutip.

Jin-Sim pula dalam diam selalu memerhatikan gerak-geri Kang Sun dan anaknya, Ga-On yang begitu mesra. Ternyata dia amat merindui belaian kasih seorang ibu yang tidak dimilikinya sebelum ini. Kemudiannya berlaku kejadian yang tidak terduga yang membuatkan hubungan Jin-Sim dengan anak beranak itu mulai rapat dan Kang Sun menganggap Jin-Sim seperti anaknya sendiri.

Namun hubungan itu kurang disenangi Tae Yang yang menganggap Ga-On adalah orang ketiga yang mengganggu hubungan baiknya dengan Jin-Sim. Jin-Sim dan Ga-On pula berkongsi diari dan rahsia masing-masing.

Masa berlalu mereka berempat kemudiannya berkawan baik. Tae Yang, Tae In dan Jin-Sim menjual sayur-sayuran bersama-sama manakala Ga-On memainkan biola. Mereka akhirnya saling memahami antara satu sama lain.

Begitu pun apabila khabar Ga-On membantu teman-temannya menjual sayur, Kang-Sun mengamuk besar dan membantah sekeras-kerasnya tindakan anaknya itu. Ga-On yang ketakutan melarikan diri. Jin-Sim kemudiannya bertindak menemui Kang-Sun memulangkan biola Ga-On tetapi dirinya teruk dimarahi dan menjadi mangsa hinaan Kang-Sun.

Jin-Sim membawa hati ke tempat biasa mereka meluahkan perasaan bersama. Dia menangis semahunya di situ. Pada masa sama, Tae Yang turut menangis di tempat sama kerana sedih bila mengetahui neneknya menghidap penyakit dan takkan hidup lama.

Lalu bagaimanakah kesudahan drama bersiri Korea ini? Saksikan lakonan hebat Ji Chang-Wook, Wang Ji-Hye, Kim Young-Kwang, Park Soo-Jin, Hwang Shin-Hye dan Lee Se-Young.

bachelors_vegetable_store (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pereka Fesyen Nurita Harith Dakwa Neelofa Kurang Ajar

Bruno Mars Unorthodox Jukebox Album