in

TV2 Siar Animasi Kanak-Kanak RAJAPAHAT

Kisah Perebutan Kuasa dan Takhta Dalam Animasi Kanak-Kanak “Rajapahat” Di TV2. Perebutan kuasa dan takhta melalui gelaran Rajapahat dan perebutan sebilah pahat istimewa bergelar lintar kuning yang menjadi buruan ramai pendekar handal mewarnai animasi kanak-kanak bertajuk “Rajapahat” yang menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Berbeza dengan animasi yang disiarkan sebelum ini, 13 episod animasi mulai 4 Disember ini, setiap Jumaat, pukul 10.00 pagi di TV2 ini membawa penonton singgah ke Mayapura adalah sebuah negeri di bawah pemerintahan Raja Panji Bentara yang masyhur di seluruh dunia kerana kehebatan empayar takluknya.

Untitled

Di zaman kegemilangan kerajaan Mayapura, seni ukiran merupakan salah satu kemahiran yang dipandang tinggi dan sesiapa yang mahir dalam seni ukiran akan mendapat kedudukan dan kehidupan yang mewah. Ini adalah kerana hasil seni ukiran menjadi salah satu barang dagangan yang diguna pakai oleh golongan bangsawan dan kelas atasan selain menjadi lambang ketinggian darjat pemiliknya.

Oleh kerana itu pada setiap 5 tahun kerajaan seluruh dunia akan mengadakan pertandingan seni ukiran bagi mencari pengukir-pengukir hebat yang mampu mengangkat mertabat kerajaan masing-masing sekaligus menjadi salah sebuah negara yang disegani. Oleh kerana ingin menjadi pemahat agung pada zaman itu setiap pemahat sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka berjaya.

Tok Awang merupakan salah seorang pengukir agung pada zaman kegemilangan Mayapura. Malah Tok Awang juga dikenali dikalangan jaguh-jaguh ukiran dari seluruh dunia. Tetapi satu peristiwa yang didalangi oleh Bajing menyebabkan Tok Awang meninggalkan kehidupannya sebagai pengukir. Dia meneruskan hidupnya dengan menjual hasil hutan seperti rotan dan damar di pasar.

Daeng merupakan cucu Tok Awang, sangat meminati seni ukiran dan sering meminta datuknya mengajar cara mengukir. Daeng bercita-cita mahu menjadi seorang pengukir yang hebat dan disegani di seluruh dunia dan bercita-cita mendapatkan gelaran RAJAPAHAT. Tok Awang yang tidak mahu mengajar Daeng kerana serik dengan peristiwa yang menimpa dirinya, telah menyuruh Daeng belajar seni memahat dengan seorang pengukir hebat bernamaTok Kayan di Bukit Tunggal.

Daeng mengikut kata Tok Awang dan menuntut di Bukit Tunggal sehingga mahir Seni memahat dan seni mempertahankan diri bagi menghadapi rintangan dan cabaran di luar jangkaan yang mungkin dilakukan oleh sebahagian besar pemahat yang berniat buruk. Daeng telah menerima sebilah pahat istimewa ditempa dari 9 jenis besi dan batu dan ianya menjadi rebutan.

Daeng berusaha penuh tekad demi mendapatkan gelaran RAJAPAHAT!

Untitled

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hotlink Perkenal Hotlink FAST

Jom Singgah di Gerai Budieylicious di KARNIVAL USAHAWAN BELIA 2015