in , ,

TV AlHijrah Teruskan Misi Hijrah Prihatin, Berkongsi Rezeki ke 10 Pulau Terpilih

Sempena meraikan sambutan ulang tahun TV AlHijrah ke-14, sebanyak empat pertubuhan diberikan bakul makanan yang merangkumi makanan keperluan asas bagi menyantuni golongan memerlukan.

Sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah dan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah.

Tidak terkecuali Kelab Met Harian Metro pula menerima sumbangan berupa 30 bakul makanan yang merangkumi barangan asas dan keperluan harian kepada beberapa kategori kakitangan yang layak.

Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah Saifulizan Sidek berkata, TV AlHijrah melalui inisiatif program Hijrah Prihatin Kisah Mereka kali ini pihaknya ingin lari daripada kebiasaan sambutan ulang tahun stesen itu.

TV AlHijrah Teruskan Misi Hijrah Prihatin, Sumbang Bakul Makanan ke 10 Pulau Terpilih

“Selalunya kami yang menerima hadiah atau kek sempena tahun ulang tahun, tapi tahun ini kami ingin berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.

“Kami percaya inisiatif seperti ini lebih dekat dengan masyarakat.Kami sudah mengadakan pelbagai program sambutan, jadi kali ini kita cuba lari daripada kebiasaan.

Kita perlu berkongsi program yang selalu dibuat tapi tak nampak di televisyen yang mana ia sangat signifikan dengan TV AlHijrah,”

– Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah Saifulizan Sidek b
TV AlHijrah Teruskan Misi Hijrah Prihatin, Sumbang Bakul Makanan ke 10 Pulau Terpilih

Dalam masa sama, Saifulizan berkata, sepanjang lapan tahun Hijrah Prihatin turun ke lapangan, pihaknya sudah menjelajah ke beberapa lokasi yang kurang mendapat tumpuan seperti pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman.

Antara pulau itu seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.

TV AlHijrah Teruskan Misi Hijrah Prihatin, Sumbang Bakul Makanan ke 10 Pulau Terpilih

“Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Seperti kita tahu, kos kehidupan di pulau tiga kali ganda lebih tinggi dari tanah besar. Jadi, kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan. Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Kalau boleh memang nak bagi semua orang merasa. Sebab itu kita cuba sedaya upaya bantu. Ada kes berkala dan ada kita pantau. Bukan nak menunjuk, tapi kita nak memberi galakkan kepada rakan-rakan korporat lain untuk sama-sama menyumbang,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kat Roshan Bercerita Tentang Harapan Palsu Melalui Single KU PERCAYA

AXN Asia & Tourism Malaysia Lancar Program Travelog ‘Unfading Memoirs’