Oleh yang demikian, stesen penyiaran Islam ini telah melancarkan Program Bincang Niaga Keluarga Malaysia Siri Ketiga 2021 pada 10 Oktober yang lalu.
Menariknya, selain menawarkan pelbagai pakej pengiklanan mampu milik bermula dari serendah lima ribu sembilan ratus ringgit sahaja, usahawan IKS juga berpeluang untuk merebut Pakej Promosi Extra yang hanya akan ditawarkan sewaktu sesi siaran langsung Bincang Niaga Keluarga Malaysia.
Rancangan siaran langsung Bincang Niaga Keluarga Malaysia ini akan disiarkan pada Rabu, 20 November, tepat jam 4.30 petang selama satu jam siaran.
Menggunakan tema Keluarga Malaysia rancangan istimewa ini adalah kemuncak kepada kempen bantuan buat peniaga IKS yang dilaksanakan TV AlHijrah untuk tahun ini.
Rancangan yang dikendalikan oleh Ola Nordin dan Azidah Mohamad bakal menampilkan para usahawan berjaya Malaysia seperti Ahmad Iqbal Zulkifli (Iba Empire Solution) bagi membincangkan topik seperti TV vs Media Sosial. Selain itu, figura perniagaan IKS ini turut berkongsi kisah nikmat kejayaan dalam perniagaan beliau menerusi langganan pakej pengiklanan di TV AlHijrah semenjak beberapa tahun yang lalu.
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra juga antara penampilan khas yang akan bersama-sama penonton membincangkan tentang perniagaan dari sudut pandang agama.
Menerusi topik perbincangan Bisnes Gaya Rasulullah, beliau akan memperingatkan penonton khususnya peniaga IKS agar menggunapakai ilmu perniagaan yang dianjurkan Islam sekaligus menjadikan Rasulullah SAW sebagai model dalam penyelesaian isu-isu keusahawanan.
Paling menarik, enam usahawan terawal yang membuat tempahan pakej pengiklanan Promo Extra menerusi rancangan ini, bakal berpeluang untuk menikmati harga pengiklanan tidak masuk akal dan luar biasa berbaloi. Mereka turut akan diberikan khidmat nasihat pembangunan jenama secara percuma.
Jadi, buat semua usahawan IKS jangan ketinggalan untuk menonton Bincang Niaga Keluarga Malaysia, Rabu, 20 Oktober, tepat jam 4.30 petang dan rebutlah peluang keemasan ini