Selaku jaguh, TV AlHijrah menggunapakai pelbagai strategi dalam memastikan semua penonton mendapat ilmu bermanfaat menerusi sajian rancangan-rancangan terbaiknya. Namun begitu, tahun ini TV AlHijrah tampil berbeza apabila perjuangan Ramadan diteruskan hingga Syawal dengan memperbanyakkan juga rancangan-rancangan hiburan dakwah bersesuaian dengan tema sambutan Syawal Menyatu Hati.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris berkata, kebiasaannya, perjuangan TV AlHijrah setelah bertungkus lumus menyediakan rancangan ilmiah Ramadan selesai saat bergemanya takbir Aidilfiti.
“Namun pada tahun ini, kita teruskan jihad penyiaran hingga tamatnya Syawal demi memastikan penonton merayakan Aidilfitri bersama keluarga di rumah dengan hiburan berfalsafah dan penuh mesej,”
“Sudah hampir lima tahun TV AlHijrah tidak menyajikan filem baru buat semua.
Oleh yang demikian kami bawakan kelainan sempena Syawal tahun ini dengan menyiarkan empat filem baru tempatan dan antarabangsa.
Ini adalah hadiah dan tanda terima kasih buat penonton yang sentiasa menyokong usaha dakwah kami,,”
– Encik Namanzee Harris
Empat buah filem yang akan ditayangkan di stesen televisyen berkenaan seperti Geran (29 Mei-9.00 malam) serta tiga buah filem luar negara iaitu Malaikat Kecil (30 Mei-9.00 malam), Iqro My Universe (6 Jun-9.00 malam) dan Kalam Kalam Langit (13 Jun-9.00 malam).
Menurut Namanzee, jalan cerita dan falsafah yang tertanam di sebalik kesemua empat filem berkenaan sudah semestinya bersifat mendidik, menghibur, menyatupadukan ummah dan mempunyai nilai-nilai murni universal sebagai tauladan.
“Selain itu, antara program-program istimewa lain yang wajib ditonton adalah rancangan Assalamualaikum, Malaysia QuranTime Istimewa Aidilfitri, Berita AlHijrah Istimewa Aidilfitri dan E-Kaunter Netizen Syamsul Debat.
“Jadi jangan lupa untuk terus setia bersama TV AlHijrah dan jadikan stesen gaya hidup Islam ini sebagai saluran utama raya anda,”
– Encik Namanzee Harris