in ,

TV AlHijrah Anjur Ramadan Pot Of Unity

Saban tahun apabila tibanya Ramadan, TV AlHijrah mencari kelainan yang memanfaatkan penonton setia stesennya. Tujuannya, tidak lain tidak bukan untuk membajai dan menyuburi jiwa dan sanubari penonton agar terus kekal di landasan tarbiah Ramadan.

Selain berdakwah menerusi rancangan yang kerohanian yang disiarkan selama 24 jam sehari seperti Khatib Kecil, Kembali Fitrah, Betul Ke Ustaz, Mimbar, Jurnal Rahmah dan pelbagai rancangan menarik lain, TV AlHijrah gigih merangka aktiviti lapangan dalam dan luar negara bagi memeriahkan sambutan Ramadan.

Bubur Lambuk Go Global di Lubnan

Masih ingatkan lagi dengan projek bubur lambuk TV AlHijrah pada Ramadan tahun lepas? Pastinya, ramai yang berpeluang menikmati keenakan bubur lambuk kampung baru dengan limpahan daging tetel edaran trak-trak TV AlHijrah sekitar lembah klang, membawa ke selatan, timur dan utara negara.

Terbaru, keluar dari zon selesa, TV AlHijrah tidak lagi mahu bergelar jaguh kampung. Stesen berkonsepkan Islam ini melangkah setapak kehadapan dengan tema Go Global, membawakan projek bubur lambuk atau dikenali dengan nama Ramadan Pot Of Unity ke peringkat antarabangsa.

Lapan buah negara telah dikenal pasti sebagai negara yang akan terlibat secara langsung dengan edaran Bubur Lambuk Go Global TV AlHijrah fasa pertama. Negara-negara tersebut adalah Lubnan, London, Turki, India, German , Singapura, South Africa dan Kuwait.

Bubur Lambuk buat penduduk Turki

Bukan sahaja kelainan yang dicari, tetapi jelajah Bubur Lambuk Go Global turut mendokong misi bantuan makanan Ramadan buat yang memerlukan. TV AlHijrah percaya, Ramadan adalah antara bulan terbaik untuk membantu masyarakat Islam yang kurang berkemampuan. Aktiviti ini mampu mengeratkan ukhwah umah, melipat gandakan pahala, serta mempromosikan makanan tempatan Malaysia.

Lubnan merupakan negara pertama yang dituju kali ini. Misi Bubur Lambuk Go Global di Lubnan telah bermula pada 29 Mei 2017 bersamaan 3 Ramadan 1438H. Jika diimbas kembali, lebih tiga dekad Lubnan cuba pulih dari krisis perang saudara. Sejak perang meletus pada 1982, Lubnan berjaya mencapai perjanjian domestik pada 1990, dan kini cuba bangkit untuk mencapai keamanan dan pembangunan.

Selain perang Islam dan Kristian selama sedekad, Lubnan sentiasa terdedah pada krisis serantau. Sejak 1968, setelah Israel menyerang Tebing Barat, Lubnan dilimpahi lebih sejuta pelarian Palestin. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pekerjaan serta pendapatan tetap.

Tekad dan bersemangat untuk ke zon krisis bagi mengedarkan bubur lambuk, empat orang petugas TV AlHijrah iaitu dua penerbit TV AlHijrah, Fitri Musa dan Ariswanto Mukhlas bersama juru kamera Zamir Zulkafli memulakan perjalanan ke Lubnan. Kesemua mereka dibantu Duta Besar Malaysia ke Lubnan, masyarakat Islam setempat dan stesen televisyen tempatan yang gigih memastikan Bubur Lambuk Go Global diedarkan buat semua.

Seawal pagi, operasi menyediakan lebih 2000 bekas bubur lambuk bermula. Operasi ini akan berjalan sepanjang Ramadan. Agihan akan bermula sebelum waktu berbuka puasa.

Apa yang menarik, semua individu yang terlibat dalam menjayakan Bubur Lambuk Go Global bertungkus lumus dalam memastikan rasa dan aroma bubur lambuk yang disediakan tidak jauh lari dari resepi asal namun pada yang sama mempunyai rasa tempatan penduduk Lubnan.

Edaran bubur lambuk ini dibahagikan di sekitar Hamra, Raouche dan Gemmayzeh Street. Pelbagai lapisan penduduk menerima edaran termasuk pekeja am, penyapu sampah, kumpulan gelandangan dan pelarian Syria.

Wakil TV AlHijrah untuk Bubur Lambuk Go Global di London

Saksikan TV AlHijrah setiap hari bagi mengikuti perkembangan Bubur Lambuk Go Global di destinasi seterusnya iaitu London, Turki, German, India dan South Africa.

Bubur Lambuk Go Global, TV AlHijrah

Lokasi Tarikh
Lubnan Bermula 29 Mei 2017
London Bermula 2 Jun 2017
Turki Bermula 3 Jun 2017
German Bermula 4 Jun 2017
India Bermula 6 Jun 2017
South Africa Bermula 7 Jun 2017

 

Persiapan Bubur Lambuk di Lubnan

Krew TV AlHijrah yang bertanggung jawab mengedarkan bubur lambuk Go Global di Lubnan

Bubur Lambuk yang bakal diedarkan di Turki 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kem Remaja Bersamamu Menghayati Ramadan

Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali!