Memetik dari berita yang disiarkan di Portal Utusan Online, penyanyi dan juga salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-5, Noryn Aziz enggan memberi sebarang maklum balas berhubung tindakan suaminya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah yang memfailkan tuntutan nusyuz terhadapnya.
Noryn, 42, berkata, dia akan meminta peguamnya untuk meneliti tuntutan berkenaan dan belum terfikir untuk memberi sebarang kenyataan berhubung tindakan suaminya itu.
“Semua sahabat yang saya hormati, hal ini terlalu peribadi untuk saya ceritakan kepada umum kerana selama ini pun saya begitu selesa untuk tidak berkongsi kisah rumah tangga saya.
“Justeru, merujuk kepada tuntutan terbaharu itu, saya akan meminta peguam saya untuk meneliti tuntutan berkenaan. Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk memberikan apa-apa kenyataan,†– Noryn Aziz
Julai lalu, Raja Kamarul Bahrin Shah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Noryn di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, Terengganu.
Bagaimanapun, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie Norhakimah Awang.
Sama-sama kita doakan segalanya baik-baik sahaja dan Noryn Aziz dapat fokus kepada pertandingan Gegar Vaganza.
Sumber: UTUSAN ONLINE