in ,

Tune Hotels Perkenalkan Jualan CRAZY 8 Pertama

Tune Hotels memperkenalkan jualan ‘Crazy 8’ pertama, yang akan berlangsung selama 80 minit setiap hari, selama lapan hari antara 18-25 Jun 2016 dengan harga bilik dari serendah RM8 setiap malam di Tune Hotels yang terpilih di Malaysia, India dan Indonesia.

Tetamu boleh merebut harga bilik ‘Crazy 8’ ini di antara 8.00 PM (GMT + 8) dan 9.20 PM (GMT + 8) setiap malam di laman web Tune Hotel, tunehotels.com sepanjang tempoh tempahan, dan penginapan di antara 11 Julai – 31 Disember 2016.

[pullquote align=”right”]Jualan khas akan berlangsung hanya 80 minit setiap malam, selama lapan malam dari 18 hingga 25 Jun 2016 (8.00 PM, GMT + 8 hingga 9.20 PM, GMT + 8 sahaja). Bilik sedia ditempah di Tune Hotels yang terpilih di Malaysia, India dan Indonesia dengan hanya RM8 * satu malam.[/pullquote]

Bermula dari RM8* bagi Malaysia, 18.000* bagi Indonesia dan Rs 180* untuk India, pelancong akan dapat menikmati penjimatan yang besar bagi penginapan mereka. Promosi ‘Crazy 8’’ adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Kesemua harga promosi tidak termasuk sarapan pagi dan tertakluk kepada ketersediaan.

Jack Tan, Ketua Pegawai Operasi bahagian Jenama dan Pengurusan Hotel, Tune Hotels berkata, “kami amat teruja untuk memperkenalkan kempen jualan ini dan berharap ianya akan menjadi ikon buat Tune Hotels, dan menawarkan tetamu dengan kadar bilik yang tiada tandingan di Malaysia, India dan Indonesia. Ini juga adalah satu cara bagi kita untuk menunjukkan penghargaan terhadap tetamu Tune Hotels dan kami berharap bahawa orang ramai akan menikmati jualan 80 minit setiap malam selama lapan malam, dan dapat menjelajah ke semua destinasi yang ditawarkan dalam jualan ini semasa mereka tinggal bersama kami.”

Harga termasuk semua adalah dari RM8* termasuk bilik, penghawa dingin, tuala, peralatan mandian, akses WIFI dan televisyen bagi Tune Hotel di Pusat bandar Kuala Lumpur; KLIA2, Selangor; Cyberjaya, Selangor; Danga Bay, Johor Bahru; Pusat bandar, Pulau Pinang; Kulim, Kedah; Kota Kinabalu, Sabah; Taiping, Perak dan dari Rp 18.000* untuk Bandung, Indonesia dan Yogyakarta, Indonesia.
Kadar bilik sahaja adalah dari RM8 * dengan pilihan untuk membeli tambahan pada kadar biasa melalui kaunter atau online untuk Tune Hotels di Kota Damansara, Selangor; Kuching, Sarawak; Kota Bahru, Kelantan; dan dari Rs 180 * untuk Ahmedabad, India.

Tune Hotels adalah rangkaian hotel yang menawarkan penginapan yang selesa untuk pelbagai tujuan perjalanan, termasuk tujuan perniagaan atau percutian dan sesuai bagi pelancong solo mahupun berkumpulan. Tune Hotels mempunyai sejumlah 24 hotel di Malaysia, Indonesia, India, United Kingdom dan Kenya.

Untuk maklumat terkini Tune Hotel sila layari tunehotels.com dan ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Semua harga promosi yang dinyatakan adalah termasuk cukai tempatan dan tidak termasuk Sarapan Pagi. Bagi Malaysia, harga termasuk caj perkhidmatan dan GST.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Ceramah Ustaz Syamsul Debat Trending di Youtube Malaysia

Chef Dato’ Fazley Yaakob Kasi Tips Memasak Hidangan Berbuka & Raya