Kumpulan hotel antarabangsa Tune Hotels hari ini melancarkan kempen percutian ‘Alami Citarasa Dunia’ yang menawarkan kadar bilik serendah RM20 satu malam untuk hotel-hotelnya di Malaysia.
Kadar-kadar menarik juga ditawarkan untuk Tune Hotel terpilih di Indonesia yang bermula hanya dari 68.000 Rupiah; Thailand 599 Baht; Filipina PHP 788; UK 49 Pound Sterling; Australia A$ 55; India 399 Rupee; dan Jepun 3,030 Yen.
Kadar-kadar promosi ini boleh didapati secara eksklusif untuk tempahan online di www.tunehotels.com bermula Ahad ini 24 November sehingga 1 Disember 2013. Bilik-bilik dengan kadar promosi ini adalah untuk penginapan dari bulai Julai sehingga September 2014.
Kini terdapat 38 buah Tune Hotel yang sedia menerima tempahan bilik di lapan negara termasuk 11 di Malaysia, lapan di Filipina, tujuh di Indonesia, lima di UK, empat di Thailand masing-masing sebuah di Australia, India dan Jepun.
Pengarah Operasi Tune Hotels Anwar Ali Jumabhoy berkata: “Di Malaysia, kempen percutian Alami Citarasa Dunia ini amat bertepatan dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014 tidak lama lagi. Lebih lima juta tamu telah menginap di seluruh rangkaian Tune Hotels dan kami berharap lebih ramai pelancong dan pelawat dapat menikmati penginapan berkualiti tinggi pada harga amat berpatutan di hotel-hotel kami di Malaysia, sambil mengalami sendiri kepelbagaian budaya dan makanan kita.”
“Kempen percutian bertema ‘Alami Citarasa Dunia’ ini melambangkan kehadiran Tune Hotels di peringkat antarabangsa dan menunjukkan betapa pentingnya juadah tempatan sesebuah negara dalam menjadikan pengalaman percutian yang menarik. Dengan menawarkan kadar-kadar penginapan yang sangat istimewa kami ingin mengajak para tamu untuk sama-sama menikmati juadah tempatan terbaik di Asia, Australia dan juga UK. Segera lawati laman web kami dan percutian menarik menanti anda,” tambah Anwar.
Anwar hari ini melancarkan kempen percutian ‘Alami Citarasa Dunia’ di Tune Hotel Downtown Kuala Lumpur iaitu hotel sulung kumpulan tersebut yang dibuka pada 2007. Hotel tersebut menjalani pengubahsuaian pada tahun lepas dan kini berwajah baru dengan rekabentuk jenama Tune Hotels yang lebih segar dan ceria. Sejak buklan Jun 2013, ia telah menambah sebanyak 100 bilik lagi dengan pembukaan sayap barunya yang terletak bersebelahan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara.
Tune Hotel Downtown Kuala Lumpur kini menawarkan 275 bilik yang terdiri daripada bilik double, twin dan single.
“Kami ingin menunjukkan dengan Tune Hotels, tamu dapat menikmati penginapan yang berkualiti tinggi tanpa perlu membayar mahal. Kami menawarkan penginapan bertaraf antarabangsa dengan bilik yang selesa lagi bersih, kawalan keselamatan 24 jam dan paling utama, lokasi yang strategik berhampiran dengan pelbagai tarikan di pusat bandaraya dan inilah model yang kami guna pakai untuk seluruh rangkaian Tune Hotels,” kata Anwar.
Tune Hotels merupakan peneraju konsep penginapan pakai-bayar yang kini amat popular dalam kalangan pelancong dan pelawat di seluruh dunia. Menerusi konsep ini, tamu hanya membayar kadar asas untuk bilik dan boleh memilih perkhidmatan yang diperlukan sahaja seperti pendingin hawa, tuala, internet dan televisyen. Dengan itu tamu bukan sahaja dapat menjimatkan belanja malah mengurangkan pembaziran dan menyelamatkan alam sekitar.
Tune Hotels menyediakan penginapan berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa dengan fokus terhadap keperluan-keperluan utama tanpa kemudahan-kemudahan yang jarang digunakan oleh tamu seperti kolam renang, fasiliti korporat dan gimnasium. Tanpa kemudahan yang mahal dan memerlukan penyelenggaraan teliti ini, Tune Hotels dapat membuat penjimatan dan seterusnya berkongsi dengan pengguna dengan menawarkan kadar-kadar istimewa.
Tune Hotels adalah sebahagian daripada Tune Group, konglomerat pernaigaan gaya hidup yang diasaskan bersama oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’ Kamarudin Meranun yang masing-masing merupakan CEO Kumpulan dan Pengerusi Eksekutif AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia.
Untuk maklumat dan promosi terkini, tamu boleh terus berhubung dangan Tune Hotels melalui Facebook di www.facebook.com/tunehotels dan Twitter di www.twitter.com/tunehotels.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, lawati www.tunehotels.com.