in

Tune Group Sumbang Bantuan Untuk Rumah Titian Kasih

RUMAH TITIAN KASIH SERU SOKONGAN KONSISTEN

Rumah Titian Kasih yang menempatkan anak-anak yatim dan terbiar serta ibu tunggal, menyeru badan-badan korporat serta orang perseorangan untuk memberikan sokongan yang konsisten kepada aktiviti perniagaan yang dijalankannya secara berkala atau bulanan bagi membantu menampung perbelanjaan bulanannya yang mencecah jumlah RM30,000.

Menurut pengasas dan pengetuanya Sharifah binti Adlan, pihak Rumah Titian Kasih amat bersyukur dan berbesar hati atas sumbangan yang melimpah masuk semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, namun hakikatnya rumah tersebut memerlukan sokongan sepanjang tahun tanpa mengira musim.

Tune Group staff presenting cash donation and goodies to residents of Rumah Titian Kasih 2

Ibu-ibu tunggal yang menghuni Rumah Titian Kasih membantu Sharifah menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi membantu mereka berdikari. Antaranya termasuklah penyediaan makanan dan katering, pembuatan kuih tradisional, aksesori wanita, penjualan pakaian terpakai serta perkhidmatan pencucian pakain.

“Selain daripada sumbangan tunai dan barangan, kami ingin menyeru sokongan terhadap aktiviti perniagaan yang kami usahakan bagi memastikan kami mendapat aliran pendapatan yang stabil dan berterusan,” jelas Sharifah kepada wakil kakitangan syarikat-syarikat Tune Group melawat rumah tersebut bersempena Hari Raya baru-baru ini.

Kakitangan Tune Group menyumbangkan sejumlah RM2,012 yang dikutip semasa majlis buka puasa yang dianjurkan syarikat. Tidak ketinggalan dihulurkan pelbagai barangan dan hadiah yang disumbangkan syarikat-syarikat tersebut.

Wakil-wakil dari Tune Group of Companies termasuk Tune Hotels, Tune Talk, Tune Money, Kuala Lumpur Education City (KLEC), Lotus Racing dan Asean Basketball League meluangkan masa kira-kira satu jam bersama penghuni-penghuni Rumah Titian Kasih yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa di ibukota.

Rumah Titian Kasih yang diasaskan oleh Sharifah pada 1998 mempunyai 85 penghuni yang terdiri daripada 20 ibu tunggal, 51 kanak-kanak, 12 orang kurang upaya and 2 warga emas.

Rumah Titian Kasih terletak di 62A-2 Lorong Maran, Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur.

Untuk menyampaikan derma dan sumbangan atau menempah barangan atau perkhidmatan dari Rumah Titian Kasih, para dermawan boleh menghubungi Sharifah di talian 019-6455769. Derma tunai boleh dimasukkan secara terus ke akaun Maybank bernombor 564061002172 atas nama Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut mengenai Rumah Titian Kaseh berserta aktiviti perniagaan dan perkhidmatannya boleh didapati di laman blog www.rumahtitiankasih.blogspot.com.

Children at Rumah Titian Kasih

Angie Chee of KLEC with a girrl at Rumah Titian Kasih

Children at Rumah Titian Kasih (1)

Noor Zaitul Akmar Ismail of Tune Talk entertaining a girl at Rumah Titian Kasih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Rudaini Tak Nak Bercerai Angkara Fitnah Pihak Ketiga

MPH SPOTLIGHTS P. RAMLEE WITH SPOT POSE CONTES