in

TUMIT TINGGI Program Majalah Wanita Terbaharu RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bakal menyambut ulang tahun ke-71 pada 1 April depan memperkenalkan program majalah wanita terbaharu bertajuk “Tumit Tinggi”. Program diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari ini diharapkan mampu memberi impak positif kepada penonton seterusnya diterima penonton seperti program-program lain terbitan RTM.

Sebagai platform untuk menyebarkan mesej positif dan membuka minda khususnya untuk kaum hawa, program majalah wanita, “Tumit Tinggi” berkongsi memaparkan mengenai pelbagai isu berkaitan wanita yang menyentuh tentang aspek kejayaan, permasalahan dan gaya hidup.

Program Tumit Tinggi

Dua personaliti cantik juga berbakat, Ain Edruce dan Sarah Hildebrand bakal mengacarakan program disiarkan mulai 9 April 2017, setiap Ahad, pukul 12.05 tengah hari di TV1.

Berdurasi selama 30 minit bagi setiap episod, pengisian program dibahagikan kepada tiga segmen yang dipaparkan setiap minggu iaitu Hebat & Bergaya, Jom Bantu dan Bersama Blogger.

Inspirasi dikongsikan dalam segmen Hebat & Bergaya yang memfokuskan pada kejayaan wanita-wanita muda dalam pelbagai bidang, dimana individu terbabit secara tidak langsung memberi sumbangan kepada komuniti setempat dan juga negara.

Selami pelbagai permasalahan yang berlaku di kalangan wanita dan bagaimana cara untuk menanganinya contohnya berkaitan isu rumahtangga, gaya hidup dan perniagaan. Semua ini dalam segmen Jom Bantu.

Menarik dalam segmen Bersama blogger, kisah mengenai pelbagai aktiviti penulis blog pilihan. Setiap minggu seorang penulis blog wanita akan dipilih dan aktiviti bersama penulis blog tersebut akan dirakam.

Menyentuh soal pemilihan pengacara, penerbit program Norhaslita Hasnan dari Unit Majalah dan Dokumentari RTM ini menjelaskan, “Pemilihan untuk pengacara Tumit tinggi iaitu Sarah Hildebrand dan Ain Edruce tidak melalui sebarang sesi uji bakat sebaliknya pemilihan di buat berdasarkan hasil pemerhatian terhadap kerja-kerja pengacaraan mereka dalam program-program lain (bukan terbitan RTM)”.

Tambahnya lagi, “Kedua-duanya memiliki pakej yang diperlukan oleh program ini iaitu cantik, bijak dan juga berketrampilan serta nampak ‘natural’ di dalam TV. Tambahan pula kami mencari ‘fresh look’ yang tidak ada dalam mana-mana program terbitan RTM”.

Untuk episod pengenalan pada 9 April 2017, tiga wanita hebat telah dipilih. Bermula dengan segmen Bersama Blogger iaitu Fatin Suhana, seorang penulis blog muda juga usahawan pakaian dan tudung wanita. Di anugerahkan anugerah “Industry Trendsetter” sempena “SME & Entrepreneuship Business Award 2017”. Bagi segmen Hebat & Bergaya pula, sifat kepimpinan yang dimiliki oleh Wan Fasehah, Ketua Puteri Bahagian Kota Raja, Klang menjadi tarikan untuk dipaparkan. Akhir sekali didalam segmen Jom Bantu, menyelusuri kegigihan ibu tunggal 5 orang anak iaitu Puan Norakhma, dalam meneruskan kehidupan dan menguruskan dua perniagaan serentak.

Pengacara Tumit Tinggi, Sarah Hilderbrand dan Ain Edruce

Sesi penggambaran Tumit Tinggi

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Qalisya Protege Tomok Tersingkir di Konsert Battle Keenam Mentor Milenia 2017

Yang Anda Patut Tahu Tentang MALAM-MALAM CARI MAKAN