Selepas konsert pertamanya laku keras dan ‘SOLD OUT’ di Istana Budaya pada tahun lepas, TULUS kembali merayakan keberadaan lapan tahun dirinya dalam industri dengan muncul melalui TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR. Sewindu membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert dengan durasi dua jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya.
Ini kerana TULUS akan mempersembahkan barisan lagu-lagu dari single terbaru-baru hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui tiga albumnya termasuk ‘Gajah’, ‘Pamit’ ‘Sewindu’, ‘Monokrom’ dan banyak lagi.
Konsert ini merupakanperayaan ulang tahun kelapan TULUS dalam industri dan juga menghargai sokongan amat besar yang diperolehinya dari ribuan peminat setiabaik di Malaysia dan di sekitar rantau ini.
Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati dengan iringan 21 pemuzik yang selama ini menyokong TULUS.
Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold) RM200 (Silver), RM160 (Bronze). Tiket untuk konsert sudah mula dijual sejak 28Mei 2019 lalu di www.myticket.asia
TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPURyang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd & TulusCompany.
TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR
Tarikh: 3 Ogos 2019
Masa: 8.30pm
Venue: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre
Laman Web: www.shirazprojects.com
Harga tiket: RM860 (Meet & Greet)
RM460 (Diamond)
RM360 (Platinum)
RM260 (Gold)
RM200 (Silver)
RM160(Bronze)
Tiket: www.myticket.asia
Contact: 03 8605 0195
Info Hotline:012 256 0082
Facebook:shirazprojects
Instagram:shirazprojects
Hashtag:#TulusSewinduTourKL