in , ,

Tujuh Tahun Kahwin Belum Ada Anak, Marsha Milan Nekad Buat IVF

Pelakon dan penyanyi Marsha Milan berkata dia nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan anak tahun depan.

Marsha dan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed mencapai kata sepakat selepas melakukan proses perbincangan.

“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal. Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,”

– Marsha

Dalam pada itu, Marsha berkata dia tidak tertekan dengan soalan daripada orang sekeliling biarpun sudah tujuh tahun belum dikurniakan cahaya mata.

“Saya minta mereka doakan  dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya.

– Marsha

Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hun Haqeem Selamat Jalani Pembedahan ACL Selepas Cedera Jalani Drama

ALIF SATAR 2020

Alif Satar Pernah Sertai Soccer School, Timba Ilmu Dengan Lagenda MU