Jenama tudung premium tempatan yang sangat popular, Duck bagi edisi The Luxe Chiffon Lace yang ditawarkan pada harga RM2,500 sehelai habis terjual dalam tempoh sehari.
Menurut laporan sebuah blog tempatan, RojakDaily, tudung edisi tersebut dikeluarkan dalam beberapa warna pastel dan empat daripadanya habis terjual pada pukul 7.30 pagi, Jumaat lalu.
“The Luxe Chiffon Lace Duck adalah tudung edisi terhad dan bahan yang digunakan dipercayai telah dihasilkan secara teliti dengan tatapan lebih daripada 1,300 kristal xirius rose Swarovski buatan Austria.
“Tudung itu turut dilengkapi dengan sempadan renda yang mewah selain harganya yang dikatakan terlalu mahal adalah kerana menggunakan kristal yang paling cemerlang daripada Swarovski,”
– VIvy
Ini menandakan orang kita memang kaya raya.