Ternyata watak lelaki lembut yang dilakonkan pada segmen pertama berjaya menarik perhatian penonton sehingga dia mendapat peratusan undian tertinggi berbanding tiga peserta lain iaitu Naim Daniel, Yusry Abdul Halim dan Liyana Jasmay.
“Sebenarnya saya hampir menarik diri untuk menyertai rancangan ini kerana menyedari saya bukanlah seorang pelawak. Namun, saya telah diyakinkan oleh pihak produksi yang percaya saya boleh melakukannya.
“Untuk aksi pada malam ini pula, rasa agak terkejut juga apabila diminta membawakan watak lelaki lembut, tetapi dah alang-alang saya teruskan juga sehingga selesai persembahan,”
– Aaron Aziz
Pada pertandingan tersebut, Aaron mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 37 peratus dan diikuti Naim (29 peratus), Yusry (18 peratus) dan Liyana (14 peratus).
Dengan kemenangan tersebut, pelakon kelahiran Singapura itu terus layak bersaing di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada minggu ke-6.
All Stars Buka Panggung merupakan sebuah pertanding stagecom (komedi pentas) berkonsepkan realiti yang menampilkan nama-nama besar industri lakonan tempatan.
Tanpa sebarang skrip disediakan, para peserta perlu mengadaptasi kepada situasi yang ditugaskan dan membuat improvisasi dialog mereka sendiri sambil berlakon.
Rancangan tersebut disiarkan pada setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124) dan dihoskan oleh Ajak dan Shahrol Shiro, manakala Erra Fazira bertindak selaku Seri Dewi Panggung. – KopiPlanet.com