Dibarisi tujuh orang anak muda, kumpulan ‘underground’ TTONTHEMOVE yang berjaya menggegar arena muzik ‘underground’ sebelum ini dengan terlancarnya single ‘ROY’. Dianggotai Izhar (Kelab Nyoz), Giant, Tulangkata, Boi Tasik, Leodin, dam13n, MUHsroom dan BHeart, ‘Roy’ turut menampilkan Raq (Zynakal) dan ia merupakan sekuel ketiga dalam siri ‘Rompak Sound’ yang tercetus apabila Izhar mengetengahkan idea bagi menghasilkan beat Trap-Kapak.
Mula dilancarkan pada 5 Februari 2021, eksperimentasi muzik kali ini menyajikan kombinasi baru buat TTONTHEMOVE dalam menemukan jalan tengah antara muzik trap ‘new-school’ dengan rock-kapak ‘old-school’.
Roy yang mendapat sentuhan lirik aripada Tulangkata, Boi Tasik, Leodin, dam13n, MUHsroom, B-Heart dan Zynakal ini juga menginspirasikan lagu malar segar ‘Pelesit Kota’ oleh kumpulan legenda Search sebagai rujukan Rompak Sound kali ini.
Disusun oleh kesemua ahli termasuk Zynakal, baris-baris lirik lagu ini memberi perspektif pada sub-kultur ‘rempit’ dan pengaruhnya pada cara hidup remaja abad 21.
Setiap baris padat dengan referensi, metafora serta simbolisme dari dunia permotoran dan kehidupan sosial seperti yang dapat dilihat dalam filem ‘Gila-Gila Remaja’. Projek yang dihasilkan semasa PKP ini dijangka akan memecah tembok antara muzik generasi lama dan baru. TTONTHEMOVE bersedia untuk mencuba genre ‘Trap Kapak’ bagi membuka perspektif baru dalam arena muzik hiphop tempatan.
Tulangkata selaku wakil TTONTHEMOVE menjelaskan mereka kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada penghasilan muzik segar dan unik biarpun pernah terpalit kontroversi pertelingkahan dengan satu kumpulan rap terkenal tahun lalu.
“Semoga sekuel ketiga Rompak Sound ini akan membuka jalan baru buat TTONTHEMOVE untuk terus bereksperimentasi dalam pembikinan lagu.
“ROY menerusi sekuel ‘Rompak Sound’ ini dihasilkan bagi mencari kombinasi terbaik dalam pembikinan lagu melalui pelbagai eksperimen di dalam dan luar studio. “Biarpun pernah terpalit kontroversi berantakan dengan pemuzik lain tahun lalu, fokus kami tahun ini sememangnya bagi menghasilkan lebih banyak lagu yang segar & ‘rare’.”
“Kami sudah melupakan tragedi hitam tersebut malah kini teruja untuk berkolaborasi bersama Zynakal yang hadir dengan alter-ego ‘RAQ’ dalam lagu ini dimana ia merupakan kolaborasi pertama Zynakal bersama kumpulan rap underground.
“Besar harapan kami agar lagu ini dapat membuka mata masyarakat tentang keseimbangan kombinasi antara muzik barat & rock-kapak timur.
“Semoga sekuel ketiga Rompak Sound ini akan membuka jalan baru buat TTONTHEMOVE untuk terus bereksperimentasi dalam pembikinan lagu serta mendapat sambutan ramai sekaligus membuka jalan baru buat kami dalam arena muzik tanah air,” jelas Tulangkata.
TTONTHEMOVE tertubuh sejak penghujung tahun 2019 apabila sekumpulan anak muda nekad mengekspresikan rasa jiwa mereka melalui muzik rap. Mereka sebelum ini juga telah melancarkan lapan buah termasuklah ’Runnagang’ dan ‘Lu Tahu Tu’ yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat musik ‘underground’ negara. Tahun 2021 juga diharap bakal bersinar dan memberi cahaya kejayaan buat TTONTHEMOVE dalam arena muzik arus perdana.
ROY oleh TTONTHEMOVE feat. Raq kini sudah tersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala lirik videonya boleh ditonton di YouTube channel TT ONTHEMOVE bermula jam 9 malam 5 Februari 2021.