Merupakan pengguna rangkaian produk penjagaan wajah Truskin di bawah jenama Trulooks, wajah Aina juga terpampang di papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.
“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.
“Masalah kulit wajah saya semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas,” katanya.
Aina ditemui di majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad.
Ketua Pegawai Eksekutif Trulooks, Julia Lah mendedahkan ada kata-kata sumbang kedengaran ketika mereka menampilkan Aina sebagai wajah jenama mereka pada penghujung tahun lalu.
“Ketika mula menyunting Aina pada 2021, ada suara sumbang mempertikaikan kenapa kami memilihnya kerana Aina mempunyai masalah kulit wajah.
“Kami sendiri mahu menunjukkan perubahan kulit muka Aina ketika menggunakan Truskin kerana ia lebih meyakinkan pengguna. Kami percaya kami harus meraikan semua jenis kecantikan kerana itu merupakan antara visi yang ingin Trulooks capai,” katanya.
Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari pula gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan pelantun lagu Sepi ini.
“Sangat mudah bekerjasama dengan Aina. Dia seorang yang sangat profesional. Apa yang penting, dia menggunakan Truskin dan ia memberi kesan positif terhadap kulit wajahnya.
“Majlis ini juga melancarkan Truskin Trio Happyness Edition dan meraikan kerja keras CEOBOSS, ejen kami yang bekerja keras sepanjang tahun lalu serta menyuntik semangat agar kecemerlangan itu berterusan pada 2022,” katanya.
Mula bertapak di Malaysia pada tahun 2016, Trulooks merupakan syarikat kosmetik tempatan yang membawa imej premium.
Bermula pada tahun 2019, Trulooks mula mengeluarkan rangkaian penjagaan kulit mereka, Truskin.
Sehingga sekarang, ia mempunyai lebih 2,000 stokis dan ejen di seluruh negara, termasuklah Brunei dan Singapura.
Truskin Trio Happyness Edition mengandungi micellar cleanser, TryMe mosturizer dan essence toner yang mampu untuk meningkatkan aras kelembapan kulit selama 72 jam, memastikan kulit sentiasa sihat dan anjal, memperbaiki tekstur kulit dari dalam dan turut memberi kesan ‘healthy glow’ seawal tujuh hari.
Truskin Trio Happyness Edition juga datang dengan hadiah percuma istimewa iaitu moist lip tinted. Ia memberi kelainan dalam rutin penjagaan bibir dan memberi perlindungan matahari SPF50 dan hyaluronic acid.
Untuk maklumat lanjut mengenai jenama ini, layari laman web www.trulooks.com.my