in

Filem Terbaik Ditayangkan di Tropfest South East Asia

Siri pertunjukan ketiga dan terakhir bagi YSDAF2016 akan menampilkan 28 filem-filem finalis dari pertandingan filem pendek terulung rantau ini iaitu Tropfest SEA

Disember ini akan menyaksikan tayangan 28 filem-filem terbaik daripada festival filem pendek terbesar di rantau ini iaitu Tropfest South East Asia (Tropfest SEA) di Kuala Lumpur. Dinamakan Terbaik Dari Tropfest SEA, ia dijadualkan bermula dari 18 hingga 20 Disember, 2015 di Kuala Lumpur Performance Arts Centre (KLPac). Pertunjukan ini merupakan siri satelit yang ketiga dan terakhir di adakan di bawah program Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016 atau Yayasan Sime Darby Arts Festival 2016 (YSDAF2016).

Untitled

Filem-Filem Terbaik Dari Tropfest Sea Akan Ditayangkan Di Kuala Lumpur Buat Kali Pertama Minggu Depan

[dropcap]T[/dropcap]ropfest SEA merupakan edisi Asia Tenggara bagi Tropfest, iaitu sebuah festival filem pendek yang terbesar di dunia yang kemudiannya telah diperkenalkan di New Zealand, Amerika Utara, Asia Tenggara dan di Timur Tengah. Dianjurkan buat pertama kali dan bermula di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 2014 kemudiannya 2015, ia telah berjaya menarik lebih kurang 5,000 penonton dan peminat filem pendek setiap tahun di mana ia menayangkan filem-filem yang mara untuk ke peringkat akhir pada setiap malam sepanjang festival berlangsung.

Dengan konsepnya yang inovatif dan objektif yang sangat jelas iaitu untuk membantu penggiat-penggiat filem dari pelbagai latarbelakang untuk menimba lebih banyak pengalaman dan mempertaruhkan hasil kerja mereka ke peringkat antarabangsa, Yayasan Sime Darby telah bersetuju untuk menjadi penaja bagi Tropfest SEA pada tahun 2015. Lebih-lebih lagi, Tropfest SEA amat dikenali sebagai sebuah program yang menitiberatkan isi kandungan atau ‘content’ dan bukan hanya elemen pertunjukan.

Terbaik Dari Tropfest SEA, dianjurkan bersama dengan Joe Sidek Productions, akan menayangkan filem-filem hebat yang telah berjaya ke peringkat akhir bagi pertandingan pada tahun 2014 dan 2015. Di antara yang telahpun disenaraikan untuk tayangan adalah filem-filem pilihan seperti ‘We Need to Break Up’ oleh Bradley Liew dan Choong Khuen dari Malaysia, ‘Rice Border Love’ oleh Supawit Buaket dari Thailand, ‘Rice’ oleh Sothea Ines dari Cambodia dan ‘Moth in Twilight’ oleh J.E. Tiglao dari Filipina.

“Kami amat berbangga kerana dapat membawa filem-filem pendek ini ke Kuala Lumpur untuk ditayangkan kepada penonton dan para peminat genre seni ini bersempena dengan YSDAF2016. Filem-filem pendek ini adalah petanda yang amat positif tentang tahap kreativiti yang tinggi dan bakat-bakat besar yang telahpun lahir di rantau ini,” kata Pengurus Besar Tropfest SEA, Joe Sidek.

“Dengan komitmen dan dedikasi untuk menyediakan sebuah platform bagi bakat-bakat muda untuk mencapai cita-cita menjadi penggiat filem, ianya menjadi satu penghormatan bagi kami untuk terus menggalakkan inovasi kreatif di kalangan mereka. Kami amat berharap agar para peminat seni dan juga pihak umum secara amnya akan menyokong usaha ini dan datang beramai-ramai untuk menyaksikan tayangan ini,” jelasnya lagi.

Untitled

Terbaik Dari Tropfest SEA akan melengkapkan trio siri pertunjukan satelit yang dianjurkan untuk membuka YSDAF2016 yang akan diadakan tahun hadapan. Pada awal bulan Ogos tahun ini, ia mempersembahkan pertunjukan satelit yang pertama iaitu Main Wayang – Hikayat Sang Kancil, satu interpretasi baru persembahan tardisional ‘wayang kulit’ yang digabungkan bersama animasi digital, lakonan langsung dan efek bunyi. Ia dipersembahkan di Laman Standard Chartered Kuala Lumpur oleh kanak-kanak dan remaja dari Yayasan Chow Kit (YCK) dan dihadiri oleh lebih 250 penonton dan telah berjaya mengembalikan semula nostalgia persembahan ‘wayang kulit’ yang diberi nafas baru.

Pertunjukan satelit yang kedua pada bulan September lepas berjudul 3 Faces 2015 dan mendapat sambutan yang amat hangat daripada penonton. Rangkaian tiga jenis tarian iaitu Bharatanatyam, Main Zapin dan tarian moden kontemporari yang digabungkan di dalam satu persembahan yang hebat oleh penari-penari dari Fakulti Senitari, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ternyata telah berjaya memikat hati pelbagai golongan penonton. Ketiga-tiga pertunjukan satelit telah dipilih kerana ia memenuhi kriteria dan tema YSDAF 2016 iaitu ‘Arts Education + Future’ atau ‘Pendidikan Seni + Masa Hadapan’.

Sebuah acara yang dianjurkan dua tahun sekali dan ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Sime Darby, YSDAF direalisasikan dengan tujuan untuk menjadi penaung kepada gerakan seni di Malaysia, justeru memberi peluang kepada penggiat-penggiat seni tanahair untuk mempersembahkan hasil karya mereka kepada umum. Festival tersebut telah menerima sambutan di luar dugaan pada tahun pertama ia dianjurkan iaitu pada 2014 dengan kehadiran lebih 15,000 pengunjung. Edisi kedua YSDAF ini bakal mengenengahkan pelbagai jenis hasil kerja seni berasaskan pendidikan yang belum pernah dilihat atau diadakan di Malaysia sebelum ini.

Untitled

Terbaik Dari Tropfest SEA adalah terbuka untuk tontonan umum dan masuk adalah percuma.
TERBAIK DARI TROPFEST SEA (YSDAF2016)

TARIKH & MASA: 18 – 19 Disember, 2015 @ 8.30pm

20 Disember, 2015 @ 3.00pm

LOKASI: KLPac Indicine (sila rujuk laman web untuk peta)

TIKET: Masuk adalah percuma

#ysdaf #ysdafsatellite #tropfestsea #tropfestysdaf

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

WEB www.klpac.org/ysdartsfest
www.instagram.com/ysdartsfest
www.facebook.com/ysdartsfest
www.youtube.com/user/ysdartsfest
www.twitter.com/ysdartsfest
#ysdaf

Untitled

Yayasan Sime Darby

Yayasan Sime Darby, or Sime Darby Foundation, was established in 1982 and is the primary driver of Sime Darby Berhad’s Corporate Social Responsibility initiatives.

The objectives of Yayasan Sime Darby are supported by its five pillars, namely: education; environment, community & health; youth & sports and arts & culture. While led by independent members of a Governing Council and managed by a dedicated team, Yayasan Sime Darby works closely with the Sime Darby Group, in areas of mutual interest.

Since its inception, Yayasan Sime Darby has awarded scholarships worth RM217 million to 2,519 students both in and outside Malaysia. It is supporting long term research projects of significant scientific value like the Stability of Altered Forest Ecosystems (SAFE) project which is the world’s largest ecological project, a joint effort with the Royal Society (The UK and Commonwealth Academy of Science). Yayasan Sime Darby is also actively involved in the development and improvements of sports in Malaysia namely track cycling, lawn bowling, cricket, tennis and golf. Under its community & health pillar, Yayasan Sime Darby supports initiatives to promote the well-being of disadvantaged people irrespective of race, culture, religion, creed or gender and works with established organisations to promote the development of arts and culture.

The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)

Opened in May 2005, klpac is Malaysia’s only fully-integrated performing arts centre. A non-profit organisation, it aims to nurture and develop the performing arts in Malaysia. Since its opening, klpac has housed over 400 performances, film screenings, art exhibitions and events. The Actors Studio Academy housed in klpac conducts a wide range of courses and runs a crucial community outreach programme. Other educational initiatives include the klpac Orchestra, klpac Symphonic Band, klpac String Ensemble, the Theatre for Young People (T4YP) programme and an Artist-in-Residence programme. Major events include the klpac Open Day, a free-of-charge arts festival for the public, as well as the SHORT+SWEET Malaysia festival. For more information, please visit www.klpac.org.

Tropfest

Launched at the Tropicana Café in Darlinghurst, Sydney over 20 years ago by John Polson and known originally as Tropicana Short Film Festival, Tropfest is aimed initially to be an informal short film screening for cast, crew and friends. Fast forward to today, Tropfest has become the world’s largest short film festival and has branched out to different cities such as Abu Dhabi, London, Berlin, Taranaki and New York. Past judges have included credible film personalities from around the world such as Nicole Kidman, Cate Blanchett, Naomi Watts, Toni Collette, Rose Byrne, Geoffrey Rush, Russell Crowe, John Woo, Samuel L Jackson, Baz Luhrmann, Keanu Reeves, Sam Neill, Ewan McGregor, Salma Hayek and Gabriel Byrne.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kasut Klasik PUMA Blaze of Glory NEW YORK IS FOR LOVERS

Borak Bisnes Bersama Sinar FM