Pada masa yang sama, trofi AJL 36 tahun ini telah diubahsuai untuk tampak lebih eksklusif dengan mengekalkan reka bentuk asal berupa ‘not muzik’ yang telah digunakan sepanjang 35 tahun Anugerah Juara Lagu diterbitkan.
Pengubahsuaian ini adalah di bahagian pangkalannya yang kelihatan lebih tinggi dan memudahkan pemenang untuk menggenggam trofi kejuaraan mereka dengan lebih yakin. Trofi Juara Lagu ini pasti menjadi aspirasi kepada finalis AJL 36 dan menjadi lambang kemegahan acara berprestij terbesar negara ini.
Siapakah juara bertuah yang bakal menggenggam wang tunai RM100,000 dan trofi Juara Lagu bersalut emas ini nanti? Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.anugerahjuaralagu.com , www.tonton.com.my, dan Youtube TV3 Malaysia.
AJL 36 dimeriahkan oleh dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence, “Cantik dengan NOIR, Hanya NOIR”. sebagai penaja utama dan menampilkan Siri OPPO Reno Seven, Lima G, Pakar Potret sebagai penaja bersama, Hot FM, Buletin FM dan Molek FM sebagai rakan radio serta Audio+, Xtra, Tonton, Oh Bulan!, Seismik, Sirap Limau, SAYS, Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times sebagai rakan digital.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang Anugerah Juara Lagu 36, layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL36 dan #cantikdenganNOIR untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.