in

Trivia: Tas Tangan Louis Vuitton Pelakon Berkulit Gebu

Dah lama kita tak buat trivia. Jadi hari ni nak kasi satu trivia. Saje je suka suki sebenarnya… takde hadiah nak kasi. Kali ini, korang cuba teka tas tangan berjenama Louis Vuitton.

Pelakon yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini dikatakan frust menonggeng, merana dan menderita kerana putus cinta dengan bisnesman. Sebenarnya, kata dia, tak lah merana sangat pun sebab kumbang bukan sekuntum. Lagi pun, dia masih lagi berkawan dengan bekas kekasihnya. Tak macam pasangan selebriti lain, bila dah putus cinta, terus berbalah dan bergaduh.

Tak pe la ek, ramai lagi kat luar sana. Lagi pulak, Budiey tengok, dia ni memang cantik gebu dan putih melepak. Sape yang tak nak, tapi tu lah, hati mesti baik beb. Tapi tulah, dia bercinta 7 tahun beb. Lama tu. Bekas kekasihnya tu, berusia 40an, mesti dia suka dengan lelaki yang berusia dan matang.

Apa-apa pun, segalan yang berlaku dalam dunia ini punya hikmah dan pengajaran buat semua.

Jawapan dan gambar selebriti gebu ni akan disiarkan pada jam 3 petang ini.

tas tangan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Lisa Surihani di Majlis Pra-Tonton Gempak Universe

Khairil Khamis Meninggal Dunia