Sekarang, Budiey ni korang semua teka, siapakah artis yang duk ‘bertenggek’ kat belakang Fasha Sandha nih. Klunya, penyanyi ini dikatakan telah terserempak dengan seorang wartawan dari Sinar Harian sedang melancong celebrate Valentine Day dan ‘melencong’ dengan kekasihnya di Bangla Road, Phuket, Thailand. Dan yang buat kami terkejut bila dengan kisah ini ialah kekasihnya adalah lelaki! Kira wartawan tu dah dah syak diorang ni ada cinta luar biasa atau cinta luar tabii. Tapi itu tak pasti sebab kena tanya tuan punya diri dulu. Menurut wartawan tu, Siap dia tengok dengan mata sendiri, artis nih menerima kalungan bunga orkid dari kekasihnya itu. Dan paling terang-terangan, dia orang ni kelihatan begitu mesra sehingga ada aksi cium-cium, muah-muah-muah maklumlah, kat Malaysia tak boleh nak buat muah-muah-muah. Kononnya kat Phuket takde la orang Malaysia. Sekali terserempak dengan wartawan pulak daaa beb. Kantoi Wakena la beb!
Namun, setelah bertemu dan bertanya sendiri dengan artis ni di sidang media ABP, Budiey dapat tahu… bahawa… hehehe kena ikuti apa kata dan komen artis ni adakah benar dia ke Thailand bersama kekasihnya tuh.
Cuba teka siapa dia? Jawapan akan disiarkan esok!