Kalau nak kira, ada sesetengah selebriti takdelah nak pakai pakaian atau aksesori yang mahal. Kadang-kadang tu, Budiey tengok diorang ni agak sempoi je, pakai belasah mana yang ada. Kata mereka, buat apa beli yang mahal-mahal. Barang yang berjenama tak semestinya berkualiti dan tahan lama. Asalkan poket sentiasa terisi, dahla. Buat apa membazir, kan? Tak lah digelar, biar papa asal bergaya. Pakai jeans dan T-shirt tu dah cukup. Tapi janganlah selekeh sangat. Imej tu penting untuk sesiapa yang bergelar artis. Tapi kira lebih elok dari sesetengah selebriti yang bukan main bergaya tapi bakat tak seberapa.
Untuk trivia kali ini, Budiey kasi 3 klu je:
- Salah seorang pelakon Drama Tari Tirana
- Ayahnya berasal dari Kampung Baru dan ibunya berasal dari Kepong.
- Pelakon ini sedang digilai ramai peminat kerana rupanya yang sangat maskulin.
Teka siapa?