in

Trivia: Beg Louis Vuitton Paris Siapa Ni?

Artis ini masih segar dalam kemalaran dunia seni. Namun, dia punya pendirian yang begitu degil untuk melihat satu kejayaan tercipta dalam episod riwayat hidupnya. Kononnya, dia mahu bertapak lebih kukuh walaupun dalam keadaan industri muzik yang tidak menentu. Bergelar penyanyi lelaki di Malaysia, bukan satu status yang senang untuk diusungnya. Perlu ada usaha sendiri, bukan mengharapkan bulan jatuh keribaan. Pernah digembar gemburkan di suratkhabar tentang cerita pengurusnya dikatakan lebih sudu dari kuah? Dan Budiey ada dengar juga, ada media yang nak boikot dia… sebab apa ya?

Bakatnya dicungkil dari sebuah program realiti TV berbentuk pertandingan nyanyian yang membayar RM1 juta kepada pemenang utamanya. Namun, peminat muzik yang pernah menetap di Australia ini begitu tegar dan berdegil… baginya… selagi tidak bergelar sang juara, dia akan mendaki gunung citanya dengan lebih gigih. Bak kata pepatah, mengenggam bara api biar sampai jadi abu. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Korang teka la sendiri, gerangan penyanyi mana yang empunya beg ni. Mahal ni beb, RM8 ribu? Mmm, Budiey guna beg plastik rok rak je buat gi event… takde sape nak derma ke beg macam ni kat Budiey?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Intan Sarafina & Iskandar Bertunang

Kunang Kunang Restaurant: Buffet Ramadhan 2008 Promo