Sofistikated, bercita-cita tinggi dan bersemangat, vokal Trisyia Azman yang memukau adalah faktor yang akan membuat peminat muzik jadi terpaku. Dilahirkan di Kuantan, Pahang, Trisyia bermula dengan cita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi, namun hala tuju hidupnya adalah lebih besar.
Mengambil bahagian dalam pelbagai acara nyanyian dan pertandingan, Trisyia membuktikan kekuatan vokalnya dengan memenangi “Pertandingan Menyanyi Dutch Lady”, mencapai tempat keempat dalam “Pertandingan Bintang Kecil” oleh RTM Zon Timur dan menjadi hos kepada pasangan kembar televisyen popular, “Kelab Upin dan Ipin”.
Anak perempuan kepada Azman Abdul Razak, seorang eksekutif Kolej Universiti Yayasan Pahang ini menarik perhatian rakyat Malaysia apabila memenangi pertunjukan bakat kanak-kanak negara, “Idola Kecil” pada tahun 2011.
Trisyia turut meraih tempat kedua untuk “Juara Popstar” pada tahun 2013. Kemasyhuran Trisyia semakin meningkat apabila dia memenangi tempat pertama dalam “Asia Got Talent Superstar” pada tahun 2015. Sejak itu, Trisyia tidak lagi menoleh ke belakang. Sehingga 2019, Trisyia, yang ketika itu berusia 19 tahun, telah disenaraikan dalam senarai Penyanyi Pop terkenal.
“Sebagai seorang ibu, saya hanya mahu Trisyia bahagia dan berjaya. Saya akan lakukan apa sahaja untuk merealisasikannya”, kata ibu Trisyia. “Saat pertama kali saya mendengar dia menyanyi dan dia memberitahu saya tentang minatnya, saya tahu bahawa saya harus memberikan sokongan penuh saya kepadanya. Ketika itulah saya cuba menghubungi komposer prolifik Azmeer.”
Dr. Mohd Azhar Abu Bakar, atau lebih dikenali sebagai Azmeer, ialah komposer dan penulis lirik ikonik Malaysia yang menghargai bakat segar dan mengubah mereka menuju kesempurnaan. Azmeer telah bekerjasama dengan artis terkenal seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Misha Omar dan ramai lagi.
Azmeer menerima mesej peribadi di laman sosial Facebook daripada ibu Trisyia, dan berharap beliau dapat melihat dan membaca mesej peribadi yang dihantarnya tentang bakat anak perempuannya. Kagum dan mengiktiraf potensi Trisyia, Azmeer bertekad meletak Trisyia menjadi bintang di samping ramai ikon Malaysia yang lain. Dengan persetujuan Azmeer, Trisyia dan keluarganya telah dijemput ke rumahnya di Shah Alam.
Eric Thomas memetik, “Semua jalan yang membawa kepada kejayaan perlu melepasi rintangan pada satu titik”. Perjalanan dari Kuantan ke Shah Alam telah terbukti mencabar. Halangan demi halangan dalam perjalanan ke rumah Azmeer kerana kereta mereka mengalami kerosakan, penghawa dingin bocor dan tayar pancit. Selepas 5 jam pembaikan, akhirnya mereka tiba menemui Azmeer pada jam 9 malam.
Kegigihan dan ketabahan Trisyia berhasil apabila Azmeer mencipta lagu khas untuknya berjudul ‘BERKASIH DALAM LARANGAN’ pada awal 2021. Beliau menyanyikan dan menyampaikan lagu itu dengan sangat indah. Azmeer berasa kagum dan masa depan Trisyia terus cerah berkembang apabila dia ditandatangani oleh Academeus Solution, sebuah syarikat label muzik, yang diasaskan oleh anak sulung Azmeer, iaitu Afrizal Alham.
Single pertama Trisyia iaitu ‘BERKASIH DALAM LARANGAN’ digubah berdasarkan peristiwa sebenar. Kisah yang disampaikan melalui melodi bahawa ayat-ayat tidak boleh diungkapkan dan cinta yang terlarang kerana persepsi palsu. Penulis lirik berkongsi bahawa insan yang penting dalam perhubungan itu, ialah orang dalam perhubungan itu sendiri. Kenangan dan kesusahan yang dihadapi bersama mengeratkan cinta. Pendapat orang tidak lagi penting bagi mereka. ‘BERKASIH DALAM LARANGAN’ dua kekasih walau menghadapi rintangan dan cabaran, tetap memilih untuk bersama dalam cinta abadi.
Jangan lepaskan peluang untuk mendengarkan single baharu Trisyia, ‘BERKASIH DALAM LARANGAN’, lagu yang pasti akan memukau anda dengan vokalnya yang mantap dan nyanyian yang indah.
‘BERKASIH DALAM LARANGAN’ kerjasama Academeus Solution bersamaWarner Music Malaysia iniboleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 11 FEBRUARI 2022 manakala video muzik rasmi ‘BERKASIH DALAM LARANGAN’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 11 FEBRUARI 2022 jam 8.30 malam.