Trip Media SimplySiti Bersama Siti Nurhaliza – Hari Kedua – Lunch Time!
Menjelang tengahari, perut pun dah lapar. Tambah lagi dengan cuaca yang sangat sejuk bagi kami orang Malaysia di luar begitu terasa ke tulang temulang. Nasib baik semua lengkap dengan baju yang tebal. Itu pun sisa-sisa kesejukan masih terasa.
Setelah penat berjalan-jalan ke Cheong Gye Cheon Street, Cheongwadae Sarangchae Korea dan National Folk Museum, maka tiba masa yang ditunggu iaitu untuk makan tengahari. Katanya, lunch pada 23 November tu cukup istimewa kerana kami akan menikmati juadah masakan Melayu di sebuah restoran Melayu di Itaewon.
Namun, sebenarnya restoran yang kami nak singgah ni sedang diubah-suai, jadi terpaksalah tuan restoran yang terlibat tu menjemput kami ke rumah mereka di satu ceruk jalan yang berbukit berdekatan dengan Hotel Hamilton.
Rupanya, tuan restoran tu katanya minat giler dengan Dato’ Siti Nurhaliza. Sampai di hotel, kami dibawa terus ke rumah mereka, hanya berjalan kaki dalam 10 minit juga dari hotel.
Sesampai di sana, kami disambut dengan cukup mesra dan special oleh tuan empunya restoran yang menggelarkan dirinya, Kak Ros. Rupanya, Kak Ros dan kakak iparnya tu berasal dari Kelantan. Hehe, apa lagi, jumpa orang Kelantan ni, memang best cakap dalam loghat Kelate. Kos kehidupan kat sini sangat mahal ya. Nak sewa rumah macam ni, kena ada dalam RM4,000 sebulan.
Apa-apa pun, masakan Kak Ros memang sedap sangat. Bukan main lagi kami makan nasi siap menambah lagi. Maklumlah, mana nak cari makanan yang best macam ni kat Korea ni. Selera orang Malaysia tu tetap la ada. Kak Ros juga ada janji nak belanja kami makan sarapan pagi esok dengan nasi lemaknya. Wah, rezeki jangan ditolak ya.
Dalam jam 3 petang, kami minta diri untuk ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Besar Itaewon. Terima kasih kepada Kak Ros sekeluarga dan jiran-jirannya yang sudi melayan kami. Memang masakan Kak Ros sangat lazat sehingga menjilat jari.