Terdahulu, Najwa agak mendiamkan diri dari dunia seni kerana sibuk dengan penggajiannya. Najwa Latif bagi melengkapkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM), Oktober tahun lalu.
Pada awalnya, saya merancang mengeluarkan single baharu pada Januari lalu, tetapi disebabkan PKP, rancangan terpaksa ditunda. Tanpa dirancang, sekitar Mac lalu, saya mendapat idea menghasilkan lagu Tak Kisah Pun.
“Perjalanan dan pembikinan lagu ini sangat santai, semuanya dihasilkan dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah muat naik di YouTube. Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya.
Beliau kali ini menampilkan penyanyi rap baharu Akwa Arifin, tambah Najwa lagi beliau pada mulanya meminati karya karya Akwa di Youtube.
Lagu Tak Kisah Pun dihasilkan oleh Najwa dan adik beradik yang menggelarkan diri mereka sebagai Ellgee, manakala liriknya dihasilkan dengan kerjasama Akwa. Ia dikatakan berkisar mengenai menerima seseorang itu seadanya.
Kali terakhir Najwa mengeluarkan single adalah sekitar Ogos tahun lalu iaitu Kau Lupa Itu Aku, menurut Najwa lagi di amat teruja dengan single terbaharu ini tambahan pula ini merupakan produk sulung dari syarikat rakamannya sendiri NL Entertainment.
Selain itu, penyanyi yang mula popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu, dia sibuk dengan kerjayanya sebagai pensyarah subjek Bahasa Inggeris di UNITAR International University.
“Kini sudah lebih dua tahun saya mengajar. Jujurnya, saya gembira dengan apa yang saya usahakan sekarang ini,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan tudung jenamanya sendiri “Najwal”.
Muzik Video “TAK KISAH PUN” telah di riliskan pada jumaar 19 june 2020 dan kini mencecah 200 ribu tontonan serta trending di Youtube yang boleh di layari di https://www.youtube.com/watch?v=L7zX-BYQNPo