in , ,

Traveloque Korea Bersama Awal Ashaari & Scha Alyahya

Sebagaimana yang korang dah ketahui, Budiey telah dijemput sendiri oleh Awal Ashaari untuk menemani Scha Alyahya ke Korea pada hari Sabtu (semalam) 22 Oktober 2011. Sebelum ini, Awal Ashaari telah memilih 4 orang pemenang melalui satu peraduan yang dibuat melalui twitter dan Facebook beliau.

Tahniah kepada 4 orang pemenang iaitu Nurul Hazwani, Nabil dan ibunya yang telah pun datang ke Korea untuk melihat sendiri perjalanan Traveloque bersama AirAsiaX. Itulah impian AirAsiaX yang ingin merealisasikan impian peminat Awal Ashaari. Pastinya yang terpilih tu, adalah peminat fanatik Awal Ashaari yang sangat tegar dan sanggup lakukan apa sahaja semata-mata dapat terbang ke Korea. Ya, semua orang boleh datang ke Korea tapi untuk datang bersama artis kesayangan mereka, adakah mereka mampu? Jadi, terima kasih banyak-banyak buat AirAsiaX yang telah menaja trip ini.

Bukan main seronok lagi mereka Budiey tengok. Maklumlah, bagi mereka bukan mudah untuk datang ke Korea bersama dengan artis pujaan mereka.

Awal Ashaari dan 9 orang krew produksi di bawah arahan pengarah terkenal Michael Ang telah pun menjalani pengambaran di beberapa tempat terkenal di Korea sejak 12 Oktober yang lalu dan akan pulang bersama dengan Budiey & Scha pada 27 Oktober ini. Maknanya, Budiey dan Scha akan stay kat Korea dalam 5 hari. Didie Alias juga turut diterbangkan ke Korea untuk pengambaran Traveloque yang masih belum diletakkan tajuknya ini.

Penerbangan dari Kuala Lumpur LCCT Sepang ke Incheon, Korea memakan masa lebih kurang 6 jam. Budiey dan Scha telah bertolak ke Korea dengan menaiki pesawat D7 2687 pada jam 2.30 petang dan selamat mendarat di Korea pada jam 9.10 malam.

Scha ditemani pembantunya, Yatt sememangnya teruja untuk mengikuti trip ini. Namun begitu, ini adalah kali kedua Scha datang ke Korea di mana kali pertama datang ke sini untuk pengambaran drama Awan Dania bersama pelakon Gambit Saifullah dan ramai lagi.

Airport Incheon

Pemandangan biasa di Incheon Airport

Me & @schaalyahya sejurus tiba di Airport Incheon, Korea. Gojes tak Scha masa ni?

Me & @schaalyahya sejurus tiba di Airport Incheon, Korea. Gojes tak Scha masa ni?

At Airport

Turut berada di pesawat ialah penyanyi Dior yang katanya ada show kat Korea.

Jumpa Dior

Me & @Dioratic di Airport Incheon, Korea. Dior ada show kat sini.

Dari Airport Incheon, kami menaiki sebuah van untuk ke hotel The Lexington, lebih kurang 1 jam perjalanan. Dalam van, sempat juga berborak dengan Scha itu dan ini. Menurut Scha, dia sekarang berehat seketika kerana tiada tawaran berlakon. Cuma terlibat dengan promo filem Aku Bukan Tomboy yang akan ditayangkan di pawagam mulai 17 November nanti. Korang jangan lupa tonton ya.

Selain itu, menurut Scha lagi, dia ada mendapat tawaran menjadi hos untuk Festival Filem Malaysia di Putrajaya dan yang menariknya, Scha akan bergandingan dengan pelawak nombor satu negara iaitu Johan Raja Lawak. Mesti gempak giler tapi orang kata FFM ni kena skema sikit kan? Apa-apa pun, Scha belum lagi membuat keputusan samada akan jadi pengacara FFM ke tidak.

Pemandangan Korea dari jendela kamar

Scha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Walking Dead

Gambar Terkini Scha Alyahya & Awal Ashaari di Korea