Destinasi pertama Budiey di Korea ialah ke Hwang Soong Fotress di Suwon, Korea. Rombongan kami sampai kat sini pada jam 10 pagi, di mana hanya 45 minit dari Hotel The Lexington, Korea. Tempat ini menjadi tempat bersejarah di mana Maharaja Jeongjo bertemu dengan rakyat dan bertitah bersama pembesar-pembesarnya. Di sini tempat maharaja dan maharani berehat dan beradu.
Kat sini juga, Awal Ashaari dan Scha telah mencuba pakaian yang dipakai oleh Maharaja & Maharani. Sangat sesuai betul tengok diorang menggayakan pakaian. Awal cakap, rasa macam dah nak kawin pulak. Sila lihat entri EKSKLUSIF: Gambar Pra Persandingan Awal Ashaari & Scha Alyahya
Nak tahu dengan lebih lanjut, jangan lupa tonton program Traveloque bersama Awal Ashaari tajaan AirAsiaX yang akan disiarkan pada tahun depan.
Sempat bergambar dengan Awal Ashaari & Scha Alyahya di depan Hwang Soong Fotres.
Menurut pengarah program traveloque ini, tempat ini menjadi salah sebuah lokasi pengambaran untuk drama bersiri yang terkenal yang dibintangi oleh dua bintang ternama ini…
Ini pula tempat di mana menjadi tempat tinggal dayang dan gundik maharaja
Selain menjadi tempat tinggal maharaja, kat sini juga adalah kubu pertahanan di mana ada menara tinggi kat sini.