Selain menghidangkan resipi yang dibawakan khas daripada negara-negara tersebut, nantikan keterujaan hos berkongsi pengetahuan am artis undangan tentang asal usul negara menu yang dipilih dalam setiap episod.
Sedang bersiaran mulai 4 April, Isnin hingga Rabu, pukul 11.30 pagi di TV Okey, Cef Nik Micheal berkongsi resipi istimewa dan tarikan antaranya hidangan Churrasco atau Brazillian Steak yang dipanggang. Kemudian Cef Nik akan mengolah menu masakan tersebut mengikut kreativiti beliau yang diberi nama Picanha Bakar dengan Air Asam bersama dengan selebriti jemputan iaitu Adam Lee di Dapur Latino. Cef Nik juga membuat minuman resepi iaitu Caipirinha Halia untuk berbuka puasa bersama Adam Lee.
Seterusnya Cef Nik memasak hidangan dari Cuba iaitu Ropa Veija dan mengolah masakan tersebut yang diberi nama Pasta Ropa Veija Pedas bersama dengan selebriti jemputan iaitu Fify Azmi. Sebelum beliau memasak, beliau akan menguji Fify Azmi dengan menyuruh Fify Azmi memotong cili padi sebelum memasak.
Ikuti perkongsian Cef Nik yang turut memasak hidangan dari Peru iaitu Lomo Saltado dan mengolah masakan tersebut yang diberi nama Char Kuay Teow Aji Amarillo bersama dengan selebriti jemputan iaitu Riena Diana. Sebelum beliau memasak, beliau akan menguji Riena Diana dengan menjawab soalan tentang Peru.
Cef Nik seterusnya bersama dengan tetamu dari Venezuela iaitu Andreina untuk memasak hidangan dari Venezuela iaitu Patacones. Selepas bertemu dengan tetamu tersebut, Cef Nik akan mengolah masakan tersebut yang diberi nama Burger Ayam Patacones bersama dengan selebriti jemputan iaitu Syazwan Zulkifli.
Dalam episod lima, Cef Nik memasak hidangan dari Chile iaitu Charquican yang diberi sentuhan baru dengan nama Charquican Lambuk bersama dengan selebriti jemputan iaitu Shiqin Kamal. Seterusnya Cef Nik akan mengolah masakan yang diberi nama Steak Chimichurri Ulam Raja bersama dengan selebriti jemputan iaitu Jaja Ilyies, resipi Ayam Percik Ubi Kayu Putar bersama dengan pelakon Bella Dowanna, dan memasak hidangan dari Mexico iaitu Chicken Tinga diolah kepada nama Chicken Tinga dengan Nasi Tomato bersama dengan selebriti jemputan iaitu Jay Iswazir.
Menyusul menu menarik berasal dari Peru iaitu Ceviche yang tukar kepada nama Kerang Celur bersama dengan selebriti jemputan iaitu Atiq Azman, memasak Roti John De Pino bersama dengan selebriti jemputan iaitu Syazuwan Hassan, menu dari Columbia iaitu Asmiriam Yolimar yang diberi nama Arepas & Fish Head Curry bersama dengan pelakon Yuna Rahim, hidangan dari Mexico, Tacos De Alambre De Res ditukar kepada Nasi Goreng Bawang Putih bersama dengan Nafiz Muaz, hidangan dari Brazil iaitu Bobo De Camaro mengolah masakan tersebut kepada Masak Lemak Cili Api Bobo bersama dengan Oktovia Manrose.
Saksikan juga menu hidangan dari Cuba iaitu Pollo Asado En Cazuela yang diolah dan diberi nama Pollo Penyet En Cazuela bersama dengan selebriti jemputan iaitu Riz Amin, olahan masakan diberi nama Hallacas Puttanesca bersama dengan Aedy Asyraf, menu Ikan Kerapu Stim dengan tetamu Fendy Bakry, menu Stir Fried Feijoda dengan selebriti jemputan iaitu Eyka Farhana, dan resipi Beef Stew Tomato Masam dengan Ubi Kayu dan Nasi Minyak dengan selebriti jemputan iaitu Fimie Don.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.