in ,

Hos Kanak-Kanak dalam Travelog KITA DAH SAMPAI

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan travelog terbaharu bertajuk KITA DAH SAMPAI mulai 31 Disember ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.30 tengah hari di TV1.

Menampilkan selebriti kanak-kanak sebagai hos mengembara ala ‘backpacker’ ke destinasi pilihan untuk meninjau, menikmati, mengulas dan berkongsi dengan teman seusia mereka maklumat mengenai destinasi dikunjungi dalam negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan travelog terbaharu bertajuk “Kita Dah Sampai” mulai 31 Disember ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.30 tengah hari di TV1.

Qistina Raisah di Cameron Highland

Dengan hos yang berbeza setiap 13 episod program ini menonjolkan pelbagai keunikan dan keistimewaan destinasi pilihan daripada sudut pandangan seorang kanak-kanak termasuklah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di lokasi tersebut.

Travelog KITA DAH SAMPAI, Tampil Hos Selebriti Kanak-Kanak di TV1    

Dalam episod satu bersama-sama dengan Eunous Madeonus menaiki kereta api laju, ETS dan feri ke Pulau Pinang. Di antara tempat yang dilawati dan dikongsikan dengan penonton iaitu Menara Komtar, Masjid Kapitan Keling, Fort Cornwallis, Pantai Batu Ferringhi, Pasar Malam Batu Ferringhi, Bukit Bendera, Masjid di Bukit Bendera dan melakukan aktiviti tahan lasak di Taman Escape (Escape Park). Turut dicuba Nasi Kandar, hidangan tempatan yang istimewa di negeri ini.

Santai-santai di laman padi

Seterusnya pelakon cilik Qistina menjelajah keunikan tempat menarik di Cameron Highlands iaitu Smokehouse Hotel, Kebun Strawberry, Rose Centre, Kebun Kaktus, pasar malam dan Mossy Forest di Brinchang, Pusat Teh Boh dan Kebun Lavendar.

Penjelajah diteruskan ke Sabah oleh Fariz Iskandar yang memulakan perjalanan melawat destinasi mengujakan, Kundasang dengan menerokai Perkampungan Budaya Mari-Mari dengan pelbagai rumah panjang kaum etnik di Sabah, bandar Kundasang, Kebun Sayur, Sabah Tea Restaurant and Tea Shop, Ladang Sabah Tea dan Desa Cattle Dairy Farm. Fariz juga sempat berada di penghujung Borneo yang terletak di Tanjung Simpang Mengayau juga menyertai aktiviti ‘Fish Massage’ di Sungai Moroli, ‘Para Gliding’ dan berjalan di ‘Tree Top Canopy Walk Way’ di Poring.

hos Firdaus Ghufran

Kunjungan di negeri Kelantan Darul Naim bersama-sama Habiel membawakan perkongsian pengalamannya di Kampung Kraftangan, Memorial Perang (Bank Kerapu), Restoran Nasi Ulam Cikgu, Pasar Besar Siti Khatijah, Wakaf Che Yeh, Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur, Phothivihan Buddhist Temple, Pantai Cinta Berahi dan Galeri Wau Pak Sapie iaitu pembuat wau tradisional Kelantan.

Keindahan bandaraya Kuala Lumpur dipaparkan dalam program ini dengan kunjungan hos ke Menara Kuala Lumpur, Pasar Seni, Durian Kafe, Taman Tema KidZania di Kota Damansara, Sri Taman yakni Memorial Tun Abdul Razak, Tugu Negara, Jalan Petaling, Menara Kembar Petronas dan tapak Food Truck dengan konsep Urban Street Dining. Istimewa di Taman Tema KidZania hos telah mencuba ‘flight simulator’ bagi menghayati bagaimana kapal terbang komersial dipandu oleh juruterbang. Beliau juga telah melawat Muzium Coklat di taman ini.

Sementara itu kecantikan dua negari terletak di utara tanah air dipertonton bersama-sama hos Firdaus Ghufran. Di Alor Setar, Kedah beliau melihat istana Anak Bukit dan Menara Telekom juga berkesempatan menunaikan solat di Masjid Zahir, Alor Setar sebelum menyambung lawatannya ke Padang Besar, Perlis. Di antara lain mengunjungi Muzium Kota Kayang, Gua Kelam, Maneq Hills ATV Adventure Park, Pasar Pagi Nat dan Ladang Nipah, Kipli. Beliau juga telah menikmati hidangan makanan laut di Kuala Perlis dan singgah solat di Masjid AlHussain yang juga digelar Masjid Terapong. 

Dengan menaiki feri dia kemudiannya ke Pulau Langkawi yang merupakan tumpuan pelawat dan pelancong. Di antara tempat-tempat yang telah dilawati ialah syarikat Nusantara Maju iaitu syarikat yang mengeluarkan minyak gamat, Kilim Karst Geoforest Park, Gua Kelawar, Kampung Kemalai, restoran di tengah-tengah sawah padi, Skycab (gondola yang tercuram di dunia), jambatan melengkung yang terpanjang di dunia, 3 D Art Galery, Underwater World dan Taman Buaya.

Kepada yang merancang bercuti di Bandaraya Bersejarah Melaka, ikuti perkongsian tentang Kubu A Famosa, Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Jongker Walk, serta Muzium Baba dan Nyonya. Begitu juga Memorial Pengistiharan Kemerdekaan dan pengalaman menarik kepada pelawat seperti The Pirate Adventure, Sky Tower, Sky Deck, Sky Bridge dan Sky Deli yang terdapat di bangunan Swiss Garden. Hos turut mencuba The Melaka River Cruise, bersiar-siar di Pantai Klebang dan menaiki beca yang dihiasi lampu berwarna warni pada waktu malam.

Percutian sekitar kawasan Kuala Selangor penonton dapat menyaksikan keunikan tapak bersejarah di Bukit Malawati dan Taman Alam. Dengan menaiki bot perjalanan diteruskan ke Pulau Cermin, yang hanya wujud beberapa kali dalam sebulan iaitu sewaktu air laut surut. Aktiviti yang mesti dicuba juga menghayati keindahan kelip-kelip di Kampung Kuantan pada waktu malam. Turut dikongsikan pengalaman di Kampung Sireh dengan sawah padinya, Kedai Cendol Bakar dan Restoran Selera Rimba dengan hidangan istimewa.

Episod berakhir di Negeri Sembilan meninjau dan menghayati tempat-tempat menarik, budaya sejarah sejarah negeri itu. Di antara destinasi dikunjungi ialah Muzium Negeri Sembilan dan Istana Ampang Tinggi di Seremban. Selain daripada itu, dipaparkan juga aktiviti dilakukan dan lawatan di Kebun Ternakan Ostrich di Port Dickson, Hutan Rekreasi dan Rumah Api Tanjung Tuan, Pantai Port Dickson, Alive 3D Art Gallery di Lukut dan Taman Hiburan Keluarga Wild West Cowboy. Makakala di Restoran Eddy Cowboy Style, Teluk Kemang yang terkenal dengan nasi kukus dan ayam panggangnya.

hos Fariz Iskandar

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

episod bersama Habiel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tentang Filem LOVE AT FIRST SWIPE

Ulasan Filem MARY POPPINS RETURNS