Tanggapan ramai orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa kemudahan yang disediakan oleh beberapa hotel tertentu berbeza mengikut keadaan, tempat dan keperluan.
Begitulah kesnya bagi salah sebuah hotel terbaru di Bandung yang mempunyai ciri uniknya tersendiri iaitu Noor Hotel. Hotel yang belum berusia setahun ini mempunyai satu lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke Bandung untuk tujuan kerja dan perniagaan.
Hotel Mewah Berkonsep Keislaman Di Bandung
[dropcap]S[/dropcap]elain itu ia juga tampil dengan konsep khas di mana Noor Hotel merupakan sebuah hotel butik yang berkonsep mewah dan keislaman.
Dari segi lokasi, hotel ini sangat strategik kerana jaraknya ke lapangan terbang Bandung (Hussein Sastranegara) hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja dengan menaiki kereta atau teksi. ini memudahkan mereka yang perlu mengejar waktu untuk menaiki pesawat masing-masing.
Ia juga sangat berdekatan dengan persimpangan popular kota Bandung, iaitu tidak jauh dari kawasan membeli-belah serta kedai-kedai ‘factory outlet’ di daerah Riau. Selain itu, terdapat juga aneka tempat makan yang tidak jauh dari kawasan hotel.
Sesuai dengan konsepnya yang mewah dan keislaman, setiap tamu yang sampai dan mendaftar masuk pada kali pertama akan diberikan minuman selamat datang atau ‘welcome drink’ berupa segelas air zam zam dan juga sajian ringkas buah kurma.
Menampilkan 33 bilik-bilik yang serba moden dan ruangan khas untuk acara-acara tertentu, keunikan bilik-bilik di hotel ini diserikan lagi dengan tema timur tengah pada hiasan dalaman serta seni reka perabotnya. Seperti hotel-hotel lain ia dilengkapi sambungan internet wi-fi, TV berlayar leper dan kemudahan-kemudahan lain yang biasanya terdapat di kebanyakan hotel masa kini. Malah, bilik-biliknya juga lengkap denga persalinan buat menunaikan solat seperti sejadah, telekung, tasbih dan juga Al-Quran.
Noor Hotel juga dilengkapi dengan sebuah restoran yang dikenali sebagai Emmy’s kitchen. Ia menampilkan makanan tempatan dan antarabangsa yang enak. Selain itu tersedia juga tiga bilik mesyuarat, satu dewan boardroom, surau Al-Amin dan perkhidmatan kenderaan (shuttle) untuk ke lapangan terbang dan sebagainya.
pendek kata, hotel ini memang sesuai buat anda yang inginkan kemudahan dan kelainan dalam penginapan anda di kota Bandung. Khasnya buat mereka yang sukakan suasana kemewahan dan juga persekitaran berunsur keislaman!
Noor Hotel : Hotel mewah berkonsep keislaman di Bandung
oleh Shah Shamshiri