in

Travel Budiey Makan-makan di Cafe Chilla Cup

Sekarang ni, tak susah nak cari tempat untuk lepak-lepak dan hang-out kat Kuala Lumpur ni. Mana-mana tempat kita pergi pun, berlambak cafe dan restoran. Cuma, tepuk dada tanya selera. Apa citarasa dan kita pilih je nak makan apa. Yang penting bagi Budiey, makanan kenalah sedap, tempat yang selesa dan kemudahan yang ditawarkan. Banyak cafe yang ada makanan best-best kat KL ni tapi Budiey akan pilih cafe mana yang ada wifi dan senang nak kemaskini Facebook, Twitter dan blog. Haha, itu jugak yang penting kan?

Okay, sentuh pasal cafe ni, kat sekitar Kuala Lumpur ni je, kita boleh jumpa macam-macam jenis cafe. Ada cafe yang fokus pada kopi sahaja, ada yang tertumpu pada makanan barat dan tak kurang ada yang jual makanan tradisional.

Biarlah Budiey berterus terang ya. Yang paling tak best bila hang out di cafe sambil menghirup secangkir kopi ini adalah kerana suasana sekeliling yang sangat bising. Hiruk pikuk suara-suara sok-sek sok-sek orang bergossip dan bercakap buat Budiey rasa rimas dan tak aman. Mana mahu cari cafe kat KL ni yang agak sunyi tanpa hiruk pikuk manusia?

Bayangkanlah kalau kita nak minum kopi dan dalam masa yang sama kita nak siapkan kerja. Macam Budiey, selalunya Budiey cari cafe untuk mencari idea dan untuk menyiapkan advertorial dan entri blog. Tentu juga, kadang-kala dengan cafe yang bising dan padat dengan suara manusia pun, idea boleh datang berjela-jela. Tapi biasanya, kalau terlalu ramai sangat, memang mata akan melilau-lilau. Memang tak syioklah. Yes, kalau nak jamu mata memang best la kan.

Chilla Cup

Pada 13 Oktober tahun lalu, Budiey sempat singgah ke sebuah cafe Chilla Cup yang terletak di Quill 7, Sentral, Kuala Lumpur Sentral. Tak jauh je dari KL Sentral. Budiey ke sana pun dengan hanya menaiki LRT sahaja.

Tak sampai lima minit sahaja berjalan kaki. Cuma mungkin ada ramai yang tak tahu tentang kedudukannya yang agak tersembunyi. Ia terletak di sebelah Sooka Sentral. Kalau korang lalu ikut jalan nak ke KL Sentral, akan nampak logo Axiata, haa… cafe Chilla Cup ni terletak berdekatan dengan pejabat Axiata. Harap penerangan ni serba sedikit dapat membantu korang yang mahu datang ke Cafe Chilla Cup nih.

Cafe ini dibuka seawal jam 7 pagi hingga 7 malam. Oleh kerana cafe kat sini untuk pekerja kat pejabat sekitar KL Sentral ini, jadi cafe ini tutup pada hari cuti umum.

Ini video yang Budiey sempat rakam masa menjamu selera di Chlla Cup. Kononnya tengah feeling-feeling buat hosting untuk Jalan-Jalan Cari Makan la. Perasan jadi Qi, kekasih Yuna jap. LOL.

Pedulikan kekurangan dan ke-kaku-an Budiey dalam video ini kerana apa yang lebih penting, keselesaan apabila memijakkan kaki di cafe yang tidaklah sendat dengan orang ramai. Kerana di sini, anda boleh menikmati menu dengan aman.

Chilla Cup berkonsepkan cafe yang penuh gaya santai, rileks dan mengutamakan keselesaan. Selain dari menu yang lazat-lazat semuanya. Persekitaran yang tenang, dengan manusia yang bersantai pun nampak rileks juga dekorasi moden lagi ringkas dah cukup buat Budiey mahu bertandang lagi.

Hidangan ke2 budiey kat Chilla Cup ni, Pretzels Original berharga RM6.90 @chillacupcafe

Tidak sampai setahun selepas pembukaan kafe pertama di Solaris Mont Kiara pada Januari 2011 dan Quill 7 Sentral, KL Sentral, Chilla Cup yang terkenal dengan kopi and pastri telah mengembangkan lagi perniagaannya dengan cawangan ketiga di Subang Avenue. Terbukti semasa sambutan majlis pelancaran untuk cawangan terbaru ini telah diadakan dengan meriah sekali. Apa taknya ia dihadiri oleh selebriti tempatan terkenal seperti Dynas Mokhtar, Juliana Evans, Yise Loo, Nadia Heng, Megan Tan, Peace Teo serta model Cassandra Patrick, Stefanie Chua dan Eliana.

Apa yang boleh Budiey katakan, selain rangkaian kopi yang bikin anda rasa segar, di Chilla Cup juga ada menu khas pastri, toasts, burgers, kek dan makanan lain seperti pasta serta pizza. Kepelbagaian ini membuatkan anda kadang-kadang pening untuk makan apa. Tapi pastinya, tanyalah pelayan cafe ini yang mesra sekali, tentu akan diberi cadangan yang bernas.

Pendek kata di sini, ada semua yang korang rasa mahu beralih ke makanan barat yang simple tapi sedap. Semua ada di bawah satu bumbung.

Menu at Chilla Cup. Kat sini banyak kopi yg best best

Oh ya, Budiey nak cadangkan untuk pencinta-pencinta kopi di luar sana agar singgah menikmati rasa kopi yang unik di Chilla Cup.

Hidangan pertama Ku di Chilla Cup ialah Spagetti Marinara berharga RM14.90

Hidangan pertama Budiey di Chilla Cup ialah Spagetti Marinara berharga RM14.90. Fulamak! Rasa yang sungguh meletop habis rasanya!

Selain itu, ada juga kek yang sungguh lovely rasa dan bentuknya di sini. Harganya agak reasonable. Sangat berpatutan! Rasanya sangat nice dan kelazatannya juga boleh dibawa sampai ke rumah.

Selain kek, kat sini ada juga salads. Oh ya, di sini ada signature strawberry smoothy dengan harga RM12 untuk saiz sederhana dan RM13 untuk saiz besar.

Utk minum pula budiey pilih hazelnut Latte & juga ice blended Mocca. Tak gemuk lagi tak tahu la weii!

Untuk minuman pula Budiey pilih Hazelnut Latte & juga ice blended Mocca. Rasa macam nak melayang je minum kedua-dua jenis kopi ni dalam satu masa. Ambi kaw!

Chilla Cup

Chilla Cup

Chilla Cup

Chilla Cup

Chilla Cup

Chilla Cup

Chilla Cup

“Chilla Cup offers an array of pastries that sooths the odd craving and occasional sweet tooth, while providing substantial fare for busy executives on the go,” says Shaik Haniff, partner of Chilla Cup.

Impressively, Chilla Cup has expanded to their third outlet in just one short year. “There is no trade secret,” states Shaik “The differentiation lies in restocking of our premium Arabica coffee beans often – at three month intervals – even as they are flown in from Asia, Africa and South America. We also use the time honoured artisan method of roasting small quantities (15kg) of beans at a go. These are strengths that we leverage on even as we expand to Quill 7 Sentral and Subang Avenue and it has served us well.”

Dressed to dazzle, the trio strutted out with the Chilla Cup signature mainstays of freshly brewed strong black coffee, delectable lattes, foamy cappuccinos, smoothies, pretzels, thick toasts and tortillas.

Solaris Mont Kiarano. 2 Ground Floor, Jalan Solaris 3, 50480 Kuala Lumpur.
location co-ordinates – ( N3 10.522 / E101 39.593 )
Tel : +603 6204 9733
Operating Hours :
Sun to Thurs 7am to 1am.
Fri, Sat and Eve of holiday 7am to 3am.

Quill 7 Sentral, Ground Floor Quill 7, No. 9 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50470, Kuala Lumpur.
location co-ordinates – ( N3 08.040 / E101 41.100 )
Tel : +603 2273 1177
Operating Hours :
Mon to Fri 7am to 7pm.
Close on Sat, Sun & public holiday

Subang Avenuelot sg-03a, ground floor, subang ave persiaran kemajuan ss16, 47500 subang jaya, selangor.
location co-ordinates – ( N3 04.935 / E101 35.350 )
Tel : +603 5631 2270
Operating Hours :
Mon to Sun 7:30am to 3am.

Visit their website at www.chillacup.com and check out their extensive menu of artisan coffee and pastries.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Shila Amzah Bersama Pemenang Pertandingan SAFI KLIQ

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Konsert Sinar Maulidurrasul