Celcom Axiata Berhad terus komited dalam membawa mesej kesedaran tentang keselamatan online di kalangan semua rakyat Malaysia, sejajar dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050.
Melalui program ‘Parents Unite for Online Safety’ sebanyak 175 ‘Pusat Internet 1Malaysia’ (PI1M) di seluruh negara akan dilengkapi dengan aplikasi KidSafe™, iaitu alat untuk menapis internet.
Program Kesedaran Keselamatan Online Celcom Mendukung Aspirasi Transformasi Nasional 2050
TN50 merupakan inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan, bagi menyediakan platform untuk belia Malaysia berkongsi aspirasi mereka menuju 205o. selaras dengan salah satu trend utama TN50 iaitu Teknologi dan Keterhubungan, usaha Celcom dalam menyokong aspirasi ini mendapat pujian daripada YangBerhormat Brigadier General Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Suka, sewaktu belia merasmikan fasa baru inisiatif tersebut di Menara Celcom hari ini.
Michael Kuehner, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad berkata, sebagai peneraju perkhidmatan telekomunikasi, Celcom turut menyedari kadar kes berkaitan siber ,kini semakin meningkat, dan dengan berbesar hati menyokong inisiatif ini sebagai Tanggungjawab Korporatnya.
“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan oleh YB Khairy. Masa depan bermula hari ini, dan dengan itu kami akan terus berusaha dalam perjuangan kami bagi persekitaran digital yang lebih sihat,” kata beliau.
Untuk menyebarkan mesej tersebut dengan lebih luas, Celcom turut rakan programnya iaitu, Brainy Bunch International Islamic Montessori, Protect and Save the Children,dan Malaysians Against Pornography. Kolaborasi ini akan menyediakan platform yang lebih menyeluruh dalam mendidik ibu bapa dan belia berkenaan keselamatan online.
Maklumat lanjut mengenai KidSafe™ boleh didapati di www.celcom.com.my/personal/services/kidsafe