Semalam, Budiey dah tonton teaser trailer film Fast & Furious 7 terbaru yang diupload di United International Pictures Malaysia. Filem yang menampilkan Paul Walker ini memang ditunggu oleh seluruh penggemar filem ini di seluruh dunia. Budiey tak sabar nak tengok keseluruhan filem bergenre perlumbaan dan aksi yang totally ohsem ini memang baru dan dijangka akan menggegarkan pawagam tak lama lagi. Budiey kira, gambaran mengenai jalan cerita dan susun galur filem siri ke-7 ini sudah nampak jelas dalam trailer itu.
Antara aksi menarik, dalam teaser trailer filem Fast & Furious 7 terlihat para pelakon utama terjun dari sebuah pesawat dengan menggunakan kereta, memang jarang dilihat di dalam filem aksi sebegini kan? Termasuklah aksi pengambaran di Abu Dhabi turut ditampilkan dalam trailer itu.
Jika kita lihat dari plot dan lokasi pengambaran, sekuel Fast & Furious 7 merupakan lanjutan dari cerita sebelumnya, namun aksi-aksi dan tempat shooting adegan yang baru memang Budiey sendiri tak dapat jangkakan apa yang akan berlaku dalam siri ini.
Selain menampilkan trailer, sebuah teaser di sebalik proses pengambaran dan behind the scenes filem yang menelan belanja kos yang besar ini sudah pun tersebar di alam maya dan menjadi bahan perbincangan hangat penggemar filem Vin Diesel ini.
Pastinya, filem ini akan menjadi tribute kepada mendiang Paul Walker yang meninggal semasa pengambaran filem tersebut dinantikan penonton dan pastinya kemunculan beliau di siri seterusnya dirindui peminat.
Apa pendapat korang dengan trailer ini?