Setiap filem komedi seharusnya mempunya cara tersendiri untuk menghubungkaitkan watak hero dan heroin. Filem Love, Supermoon ini menggunakan “gosip” sebagai medium yang menghubungkan hero dan heroin filemnya. Tarikan utamanya adalah apabila kita boleh melihat perbezaan antara cara lelaki dan wanita bergosip sesama mereka menerusi filem ini.
SINOPSIS LOVE, SUPERMOON
Filem Love, Supermoon mengisahkan tentang hero dan heroin yang menjalani kehidupan masing – masing dan hanya bertemu di majlis perkahwinan, kenduri atau parti yang dianjurkan oleh kawan – kawan mereka. Kedua – dua hero dan heroin ini hanya kenal masing – masing melalui gosip yang dibual tetapi berlagak seakan- akan tidak mengenali apabila bertemu sesama mereka.
Razak (Farid Kamil) 27, merupakan seorang doktor, yang tidak mengetahui dan tidak yakin akan apa yang dia mahu dalam hidupnya. . Razak merupakan seorang ‘playboy’ yang sering bertukar – tukar pasangan dan tidak berhasrat untuk berkahwin seperti rakan – rakannya yang lain. Razak juga merupakan seorang ‘playboy’ dan sering bertukar – tukar pasangan.
Triz (Nadiya Nisaa’) 26 pula bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis tetapi hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat – syarikat penerbitan. Triz mempunyai seorang teman lelaki yang amat dicintainya iaitu Azman (Azhar Sulaiman), seorang kerani di tempat kerja yang sama. Azman dianggap tidak sesuai untuk Triz oleh rakan-rakanya. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.
Selepas bertahun – tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz bertemu dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.
Ingin ketahui sejauh mana gosip mereka dan kesudahannya dan apakah kaitan bulan Supermoon dengan kisah mereka? Saksikan kisah romantic paling kelakar dalam filem Love, Supermoon 22 Oktober ini!
Informasi dan gambar-gambar dari filem Love, Supermoon boleh didapati di laman web Facebook Grand Brilliance di www.facebook.com/grandbrilliance ataupun layari laman web Twitter kami di https://twitter.com/GrandBrilliance dan Instagram @grandbrilliance.
NOTA PRODUKSI – FILEM “LOVE, SUPERMOON”
Tajuk : Love, Supermoon
Genre : Drama/Komedi/Romantik
Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2015
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Terbitan & Edaran : Grand Brilliance
Duration : 90 mins
BARISAN PELAKON
WATAK | NAMA | |
1 | Razak | Farid Kamil |
2 | Triz | Nadiya Nisaa’ |
3 | Nina | Rita Rudaini |
4 | Tiha | Anne Ngasri |
5 | Sulayman | Zain Hamid |
6
7 8 9 |
Azman
Ayah Cik Nora Fakhrul |
Azhar Sulaiman
Razak Ahmad Diana Johor Zain Saidin
|
KREW PRODUKSI
Pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penerbit Tengku Iesta Tengku Alaudin
Penerbit Eksekutif Mohamad Anizan Sarif
Penerbit Penyelaras Shah Hassan
Penulis Skrip Wan Hasliza Wan Zainuddin
Pengurus Produksi Shahidan Hassan
Penolong Pengurus Produksi Zubir Ishak @ Habeb
Mazlan Zakaria
Penolong Pengarah Arinah Emran @ Reen
Shamsul Akmal @ Sime
Kesinambungan Darul Izham Bin Abdul Wahab
Pengarah Fotografi Kamal Hazizi Bin Kamaruddin
Penolong Kamera Ahmad Harun
Focus Puller Hasnul Hisam Bin Sunar
VTR Operator Darul Izham Bin Abdul Wahab
Data Imaging Technician Kenny Chua Kuang Eng
Gaffer Shah Aznan Bin Zainun
Best Boy Gaffer Syed Mohd Zamri Bin Syed Ismail
Mohd Fairos
Key Grip Zaidan bin Ismail
Best Boy Grip Zahid Mukhlis
Grip Hassyedi Bin Abdul Halim
Pengarah Seni Paul Hasham
Koordinator Seni Diane Au
Propmaster Mohammad Fadly bin Abdul Rahman
Propman Rahimi Mohamad
Shamsul Bahri Yusoff
Penata Busana Siti Sarah Muhamad Radzi
Solekan & Dandanan Lily Nordin