Netflix telah melancarkan trailer rasmi untuk ansuran kelima dan terakhir Money Heist, yang dijadualkan untuk kembali pada 3 September ini dengan Musim Ke-5 Jilid 1.
Trailer dibawah menyoroti usaha pasukan untuk melawan tentera ketika mereka berusaha bertahan tanpa bimbingan Profesor, yang telah ditawakan oleh Alicia. Oleh kerana itu, Lisbon kini menjadi pemimpin de facto yang mendorong mereka memperjuangkan hidup mereka. Selain urutan penuh aksi, video itu juga memberikan kepada kita pratonton beberapa babak ‘flashback’ yang kita akan jangkakan pada separuh pertama musim terakhir yang melibatkan masa lalu Berlin dan Tokyo.
Tonton trailer Money Heist Musim 5 Bab 1 dibawah: