Filem Setem adalah filem genre komedi pertama arahan pengarah Kabir Bhatia. Tapi apa sebenarnya yang ingin diceritakan oleh Kabir dalam filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd ini?
Dengan menjadikan setem sebagai subjek dalam filem terbaru arahannya, tampak begitu menyimpang sekali dari apa yang pernah beliau hasilkan sebelum ini. Haluannya begitu berubah.
Kadangkala, fantasinya mungkin tidak pernah kita bayangkan. Kabir memberi terjemahan baru berhubung nilai sekeping setem yang menjadi buruan. Filem ini menceritakan bagaimana sekeping setem bernilai RM2 juta menjadi rebutan banyak pihak. Mengadunkan aksi lucu yang dipamerkan seiring dengan aksi-aksi mencabar tatkala perebutan setem itu berlaku, Setem barangkali akan membuka lembaran baru dalam profil kerjaya Kabir.
Ternyata ia bukan sekadar sebuah komedi satira. Sebaliknya, Kabir mahu menjadi sutradara yang bertanggungjawab dengan memastikan filem arahannya tidak sekadar mengundang tawa di kalangan penonton. Namun, apa yang lebih penting buatnya ialah filemnya meninggalkan setidak-tidaknya mesej yang positif.
Trailer promo sudah pun keluar. Saksikan sendiri ya! Budiey rasa, filem ini bakal meletop!