Rata-rata peminat memuji kualiti video yang dihasilkan. Tidak kiralah sama ada dari segi animasi, aksi atau muzik latar semuanya dikatakan berada di tahap ‘top nocth’ hingga ada yang membandingkannya dengan trailer filem Avengers.
Video Trailer Menjadi Trending di Youtube
Malah keterujaan itu jugalah membuatkan trailer berkenaan ‘meledak’ di YouTube hingga mencapai lebih 1.5 juta tontonan dalam tempoh 4 hari.
Pengarahnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Razak menerusi Facebook peribadinya berkongsi penghargaan terima kasih dengan sokongan peminat meskipun filem itu belum lagi ditayangkan.
‘BoBoiBoy Movie 2’ (#BBBM2) is the sequel to our 2016 film ‘BoBoiBoy: The Movie’ and is planned for release during the Aug-Sept 2019 school break.
Untuk makluman anda, Animonsta Studios kini turut bekerjasama dengan Astro Shaw dan sudah pastinya kualiti yang ditampilkan berada pada tahap yang terbaik!
Budiey telah mendapat tarikh tayangan filem BoboiBoy The Movie 2 yang akan ditayangkan pada musim cuti sekolah iaitu antara bulan Ogos dan September 2019. Jadi sama-samalah kita tunggu pengumuman daripada Animonsta Studio dan Astro Shaw untuk tarikh yang tepat.
Apa pendapat anda tentang trailer ini?