in

Toyota Vios Baru Lebih Stylish Citarasa Global!

Ingat tak korang hari tu, Budiey ada pergi jamu-jamu mata kat showroom Toyota di Bangsar untuk pandu uji kereta terbaru Toyota Vios. Ramai yang ingat, Budiey terus beli kereta idaman Malaya tu masa tu.

Apa-apa pun, memang Budiey pada masa tu, dah pasang angan-angan dan niat untuk menunggu kereta Toyota Vios model terbaru. Sebab memang dah rasa, keluaran terbaru Toyota memang tak pernah mengecewakan.

Ha, sekarang Budiey dah boleh berlapang dada, lega dan happy sebab Toyota dah keluarkan model Vios terbarunya iaitu 1.5S, 1.5G dan 1.5E. Wah! Apa yang terbarunya tu? Untuk info korang semua, Toyota Vios yang baru ni ada 3 pilihan utama untuk generasi terbaru Vios yang katanya telah dilancarkan pada 7 Oktober lalu.

Jadi, kalau nak dihitung, dah 5 model variasi Toyota Vios berada di pasaran. Itu pun kalau korang masih ingat lagi.

Budiey memang teruja sangat dan minat gila dengan Toyota Vios sebab ramai sangat dah orang guna… khabarnya lebih 100 ribu Vios telah pun dijual sejak diperkenalkan. Huhu… tu yang rasa kagum bila dapat beli kereta cam nih. Dah la nampak muda dan lebih anggun kalau bawak kete cam gini. Tak gitu?

Korang nak tahu tak sebab kenapa Budiey suka Toyota Vios? Baik Budiey berterus terang je kat sini…

1. Vios menampakkan jiwa Budiey rasa lebih muda huhu… walaupun dah 32 tahun!

2. Orang kata, kereta ni lebih vibrant! Anggun seh! Smart untuk orang perfectionist!

3. Kalau mahu tampil bertenaga, haa, pandu kereta ni memang bergaya sakan.

4. Ada style la, bro! Itu kata kawan saya yang gila sangat dengan kereta Toyota Vios.

5. Huh dan akhir sekali… spotlight! Uhuh… korang yang suka sangat dengan dunia penuh glamourous, pasti mengidam nak pakai kereta Vios sebab tengok sahajalah Vios buat dirimu bersinar bak bintang!

Bagi Budiey la kan, Vios umpama satu magnet di mana dapat membuat sesiapa sahaja akan terpesona untuk menyentuh dan membelainya. Apatah lagi untuk memiliki kereta seanggun ini, buat korang tak tidur malam jadinya.

Mahu warna yang lebih stylish? Huhu, Vios menanti anda dengan banyak sekali warna pilihan sesuai dengan citarasa dan gaya hidup korang. Memang trendy dan mengikut aliran masa.

Untuk info korang, Toyota Vios kali ini tampil dengan 3 warna yang lebih menyerlah iaitu putih, bronze mica metallic dan Grey mica metallic. Huhu, memang lecur air liur den tengok! Kadang-kadang tak tahu nak pilih yang mana satu.

Yang penting, kereta ni kan flexible dan sesuai untuk membawa korang ke mana sahaja termasuklah pergi ke tempat kerja, shopping, clubbing, bawa famili keliling kota bersiar-siar di tasik dan pendek kata, setiap tempat memang korang rasa Vios ni citarasa yang GLOBAL!

Jadi, apa kata… korang yang berminat sangat nak pandu uji, haa, ringan-ringankan kaki untuk melawat showroom Toyota yang berdekatan dengan korang. Budiey gerenti, sekali pandu uji, korang akan rasa Vios adalah pilihan utama korang. kalau tak percaya, cuba try test drive… hehe.

Toyota Vios 1.5S interior

Toyota Vios 1.5E and 1.5G interior

Layari: http://www.toyota.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nur Fazura & Nurul Gayakan Rekaan Hatta Dolmat di Mifa 2008

Gambar Perkahwinan Mawi dan Ekin – Hantaran Dari Nas