Setelah showcase pertama Nidji di Ruums KL pada 23 Mac 2007 tahun lalu, kini mereka terbang lagi ke Malaysia untuk mempromosikan album kedua, Top Up. Bukan top up kredit telefon bimbit ya, tetapi top up di sini bermaksud Nidji mahu menambah lagi kecerian dalam hidup anda. Itu yang dikatakan oleh band popular Indonesia ini.
Melalui album pertama mereka yang berjudul ‘Breakthru’, sekumpulan enam orang anak muda dari Jakarta telah berjaya menampilkan idealisme muzik mereka, tidak kira di Indonesia mahupun di Malaysia. Ini terbukti dengan pelbagai penghargaan yang diraih oleh Nidji melalui album ‘Breakthru’, di mana lagu-lagu single seperti ‘Hapus Aku’ dan ‘Sudah’ telah berjaya menambat hati pendengar muzik tempatan. Malahan, muat-turun nada dering untuk album pertama mereka telah mencecah 80,000 unit di Malaysia. Wow! Mantap tu jow!
Sempena pelancaran album mereka yang kedua yang berjudul ‘TOP UP’, kumpulan yang dianggotai oleh 6 orang anak muda, iaitu Giring (vokalis), Andro dan Rama (gitaris), Ariel (bass), RunD (keyboard) serta Adri (Drum), telah memilih Malaysia sebagai destinasi ‘Top Up’ Tour mereka.
Promosi album tour Nidji di Malaysia akan diadakan dari 23 Januari sehingga 26 Januari 2008. Aktiviti promosi yang akan diadakan sempena lawatan Nidji ke Malaysia termasuklah:
Nidji ‘TOP UP’ Tour – Live In Malaysia Showcase
Tarikh: 23 Januari 2008 (Rabu) 8.00 malam
Tempat: Ruums Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail
[tags]showcase nidji, top up album, showcase live kuala lumpur, gossip giring, breakthru, lirik nidji, konsert michael, concerto, dewa orkestra istana budaya, pelancaran filem anak, konsert jelajah oiam, album baru sofaz[/tags]