in ,

Cuba Top List 13 Restoran Favourite Rakyat Malaysia di GrabFood

Hey guys, sebelum apa-apa, Budiey rasa nak pesan sikit, korang kena baca entri blog ni sampai habis sebab Budiey mahu berikan voucher diskaun potongan harga untuk korang pilih makanan di aplikasi GrabFood ni!

Perut rasa lapar sorang-sorang kat rumah tapi takde makanan. Kemudian, malas pulak nak pergi cari makan kat luar. Ada ketika tu, ada je makanan kat rumah tapi mulut kita rasa nak makan benda lain. Masalahnya, malas la pulak nak bazirkan masa. Kan elok kalau makanan kegemaran kita datang sendiri ke rumah. Best kan?

Nah! Sekarang kita tak payah risau lagi dah pasal nak makan kat mana, nak makan apa sebab banyak pilihan… dengan menggunakan satu aplikasi di telefon bimbit.

Korang pernah dengar pasal GrabFood tak? Servis penghantaran makanan daripada lebih 1,000 restoran-restoran dari beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

GrabFood

Dengan hanya satu klik sahaja, makanan akan sampai berdesup depan mata. Pendek kata, kita dapat menikmati makanan favourite dalam masa yang singkat dan yang penting ia dihantar tepat ke depan pintu.

Jadi, masa kita pun jimat, tak perlu beratur panjang, nak redah traffik ke dah tak payah dah.. Paling penting dapat jimat duit sebab kita tak perlu nak bazirkan minyak petrol atau duit nak keluar cari makanan lagi. Tak payah susah cari parking, beratur panjang, betul tak?

GrabFood

Kalau korang download aplikasi GrabFood, sudah tentu rambang mata. Kadang-kadang Budiey sendiri susah nak buat pilihan nak makan apa sebab semua sedap-sedap. Ya, pilihan banyak sangat. Korang boleh pilih pelbagai hidangan tempatan dan Asia, hidangan halal berlambak… daripada 1,000 peniaga dan outlet… wow banyak tu.

Antara restoran yang Budiey gemari Nasi Lemak Goreng Chef Fauzy, dan banyak lagi. Oh, mesti korang tertanya-tanya tentang makanan kat Nasi Lemak Goreng Chef Fauzy ni kan? Best atau tidak? Ya, sudah tentulah best, korang patut cuba dulu.

Yang specialnya, kat sini korang boleh dapatkan macam-macam lauk pauk yang boleh disertakan dengan nasi lemak. Fullamak! Tambah pulak kat situ ada ayam goreng yang sangat menyelerakan. Lecur air liur!

Restoran Favourite Rakyat Malaysia di GrabFood

Budiey dengar, servis GrabFood ni semakin berkembang. Pilihan dah makin banyak dari masa ke semasa. Dari Bangsar ke Mont Kiara, Petaling Jaya, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Sunway… bersepah restoran yang kita boleh order makanan kat GrabFood.

Nak buat bayaran pun mudah sebab GrabFood ada kaedah pembayaran tanpa tunai GrabPay, dan dapatkan ganjaran dengan setiap pesanan.

Restoran Favourite Rakyat Malaysia di GrabFood

Pada bulan Ogos yang lalu, GrabFood memperkenalkan kempen People’s Pick di mana rakyat Malaysia telah memilih dan mengundi restoran atau tempat makan kegemaran mereka untuk ditempatkan di GrabFood.

Lebih daripada 5,000 orang telah memilih dan menominasi lebih daripada 50 restoran kegemaran tempatan dalam kawasan perkhidmatan GrabFood semasa. Wow! Banyak tu kan?

Sebanyak 13 buah restoran tempatan telah disenaraikan melalui undi tertinggi.

Mont Kiara/Hartamas:
1. Ravi’s Banana Leaf
2. Solaris Café
3. Chi Mac
4. Breadfruits

Restoran Favourite Rakyat Malaysia di GrabFood

Petaling Jaya:
5. Nasi Lemak Goreng Chef Fauzy
6. TNR by Sean & Angie (My Toast & Roast)
7. Lorong Seratus Tahun

KL City Centre:
8. Apam Balik Nusantara
9. Restoran Dapur Sarawak
10. Satay Capitol 1951-Warisan
11. Soong Kee’s Beef Ball Noodle

TTDI
12. Chequers
13. Santai Restaurant & Café

Restoran Favourite Rakyat Malaysia di GrabFood

Dalam banyak-banyak restoran kat atas ni, Budiey suka makan makanan dari Nasi Lemak Goreng Chef Fauzy sebab sangat nasi lemak sememangnya menjadi hidangan kegemaran Budiey. Dah tentu ia sangat sedap dan menyelerakan sebab dimasak oleh seorang chef yang cukup berpengalaman.

Istimewa untuk semua pelayar dan pembaca blog Budiey.com, GrabFood memberikan diskaun potongan sebanyak RM15 untuk setiap pembelian dengan menggunakan kod promo: BUDIEYSPICKS di aplikasi GrabFood. Budiey nak ingatkan tentang tawaran ini adalah istimewa untuk pengguna pertama untuk tempahan makanan buat pertama kali sahaja di aplikasi Grabfood.

Sebelum Budiey berhenti menulis, Budiey nak ingatkan kat sini bahawa ada diskaun potongan harga sebanyak RM15 untuk anda yang menggunakan aplikasi GrabFood buat pertama kali. Jadi, jangan tunggu lama-lama. Order makanan lekas!

Jadi, apa tunggu lagi. Tempah makanan korang sekarang!

Untuk info lanjut: https://www.grab.com/my/food/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Sets A New Record for BIGGEST PORTRAIT ART In Malaysia

Betul Ke Zahirah MacWilson & Rita Rudaini Ada Masalah?