Pada hari ini, 3 Mac 2010 akan bermulanya episod pertama – episod pengenalan untuk program realiti TV mencari bakat pengacara baru – TOP HOST 2010 di TV3.
Ally Iskandar selaku penerbit bukan main bergemuruh dada & berdebar-debar jiwanya menantikan saat Top Host 2010 menemui penonton. Bak kata beliau, “Bagaikan menanti bayi yang baru nak lahir.”
Kepada peminat yang masih merindui program Malaysian Top Host yang Budiey rasa meledak dengan kemenangan Nurul Syuhada ini, jangan lupa untuk menontonnya setiap hari Rabu pada jam 10 malam.
Pada 19 Februari lalu, TV3 telah menjemput media untuk mengenali 10 orang finalis Top Host 2010. Majlis santai diadakan di Sri Pentas di mana menjadi ‘pejabat rasmi’ untuk finalis bekerja. Bersebelahan dengan taman yang direka khas untuk mereka bersantai. Dengarnya, lokasi yang direka seperti dalam taman ini ditaja dan mendapat sentuhan ajaib dari pereka dalaman.
Kalau imbas balik, TV3 dah banyak mencipta nama-nama besar dalam dunia pengacaraan. Antaranya, Dato’ Mahathir Lokman, Wan Zaleha Radzi, Datin Normala Shamsudin, Aznil Hj Nawawi, Christine Ling, Suhaimi Sulaiman, Abdul Razak Abdullah, Nizal Muhammad dan ramai lagi. Ni semua otai-otai yang masih dikenang dan diingati sampai kini. Diorang menjadi ikon dan idola untuk hos-hos yang baru nak naik.
Kemudian generasi selepas itu telah menghasilkan hos-hos dengan gaya penyampaian yang lebih segar. Antaranya, Ally Iskandar, Mohd Mardzi, Ahmad Fedtri Yahya, Nur Azlina Redzuan, Abu Bakar Atan, Nurul Syuhada Nurul Ain, Suhaimi Ahmad, Azizah Ariffin, Zakiah Anas, Izwan Azir, Aidid Marcello dan ramai lagi.
Kalau kita tengok betul-betul, bidang pengacaraan adalah antara bidang yang yang sentiasa mendapat perhatian meluas. Kalau ada yang nak glamor, jadi penyanyi tapi mungkin bagi yang takde bakat menyanyi, boleh jadi pengacara. Tapi bukan populariti yang nak dimahukan. Apa yang perlu adalah kesungguhan, informasi yang padat serta berguna dan gaya penyampaian yang selesa di mata penonton.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan sempat memberikan perangsang buat semua finalis sebelum majlis berlangsung.
Bagi beliau, kerja sebagai hos ni bukan sekadar menjadi seorang selebriti atau personaliti TV. Tapi pada masa yang sama menuntut mereka dikenali kerana buah fikiran, idea bernas, informasi berguna dan pemikiran yang mencetuskan inovasi yang bermanfaat kepada seluruh masyarakat.
Selain pengetahuan bahasa, pengacara juga perlu mengenali khalayak dan apa corak program dan acara yang dikendalikan sama ada format atau tidak selain mempunyai skrip yang bagus serta pengetahuan am yang luas.
Majlis pada petang Jumaat itu dimulakan dengan kata-kata aluan dari hos jemputan iaitu Shafiqque. Seterusnya media ditayangkan trailer dan playback bingkisan dari 10 orang peserta. Ada wajah-wajah yang pernah Budiey lihat dan jumpa sebelum ini dan ada wajah-wajah baru. Semuanya punya gaya dan stail masing-masing.
Finalis juga telah tampil ke pentas untuk memperkenalkan diri dengan keunikan gaya masing-masing.
Saban tahun, Budiey lihat munculnya ramai bakat-bakat baru di kaca TV menerusi pelbagai genre program. Kebolehan bertutur di hadapan kamera dan menyampaikan infomasi kepada penonton dilihat bukan sahaja menyeronokkan malah membuatkan seorang pengacara itu menjadi popular.
Apa hadiah utama Top Host 2010?
Juara Top Host akan mewarnai dunia pengacaraan di TV3, diberi latihan intensif seterusnya berpeluang mengacarakan sebuah program yang akan dikenal pasti kelak. Pemenang juga akan menerima wang tunai RM10,000 sebagai ganjaran menjuarai Top Host 2010.
Budiey kira, hadiah ini berbaloi. Apatah lagi hadiah di mana pemenang dapat bekerja sebagai hos di TV3 satu pelaburan jangka masa panjang. Selain itu, profile mereka dah dinaik taraf untuk menjadi ‘somebody’ dalam dunia pengacaraan.
Top Host 2010 juga dilihat sebagai landasan bagi mencari wajah baru yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengacara yang berwibawa. Tugas sebagai hos kini dilihat lebih mencabar, menuntut komitmen dan kseungguhan, selain keupayaan menerima dan menyampaikan maklumat dengan baik, betul pantas, tepat dan berkesan.
Dalam konteks pengacaraan di TV atau sebuah produksi, etika bahasa, penyampaian dan penampilan adalah faktor paling utama ditekankan.
Budiey percaya, Top Host 2010 dapat mendidik bakal hos yang berkaliber dengan memberi peranan memberi input, ilmu dan pembelajaran kepada pengacara-pengacara baru ini menjadikan mereka menjadi pengacara yang disegani.
Penerbit Top Host 2010, Ally Iskandar menyifatkan tanggungjawab sebagai seorang penerbit program ini bukan semudah yang disangka.
Program ini akan berlangsung selama 3 bulan. Sebenarnya, 3 bulan adalah tempoh masa yang tak berapa cukup untuk melahirkan bintang pengacaraan. Ini kerana mereka perlukan pengalaman dan masa. Antara pembelajaran kritikal yang dititik beratkan ialah pengucapan, ketrampilan, kewartawanan dan penerbitan.
Penonton juga boleh melayari laman web rasmi iaitu:
atau mengikuti perkembangan para finalis melalui laman web sosial di:
dan melalui twitter di:
Ada paparan menarik dan eksklusif akan disiarkan di laman web rasmi. Tak ketinggalan berita-berita terkini tentang perkembangan para peserta di Facebook Fanpage di mana sekarang ni dah mengumpulkan lebih 2,000 peminat.
Yang penting sekali, pertandingan ini tidak ada undian SMS, hanya ada polling di laman web sahaja. Peminat dan penonton boleh mengundi finalis mana yang terbaik. Dan dari situ, juri akan mengambil kira semua undian anda di laman web ini.
Tiada sessi ujibakat diadakan, peserta hanya perlu menghantar foto & rakaman video yang menceritakan tentang bakat serta minat mereka dalam bidang pengacaraan. Ada peserta hanya merakam aksi mereka dengan menggunakan kamera notebook aje. Dari situ dpilih dari segi personaliti & cara bercakap dan gaya penampilan.
Kali ini, produksi mahukan pesona, X Factor, ‘energy’ dan aura serta keupayaan mereka untuk bercakap. Itu saja.
Tugas produksi adalah memastikan semua peserta betul- betul dapat digilap.
Penyingkiran akan dibuat pada selang seminggu. Setiap minggu akan ada perubahan. Jaminan TV3 adalah untuk mengeluarkan hos yang lebih menyerlah dan versatile. Semua keputusan di tangan juri.
Mereka akan ada kelas. Setiap mingggu akan dijemput para tetamu khas seperti Tarmimi Serigar. Penonton boleh tonton di MHI ada segmen pada pagi Rabu.
Good luck kepada semua peserta!