Berlangsung dengan cukup meriah seramai 30 peserta beradu nasib di pentas separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2018 anjuran Plaza Shah Alam. 12 peserta dipilih ke peringkat akhir Pencarian Wanita Melayu 2018 yang diadili oleh empat juri berkaliber yang memberi markah berdasarkan potensi peserta untuk dikembangkan sebagai Ikon Wanita, berpersonaliti menarik, kemahiran berkomunikasi dan bakat yang diserlahkan.
Sebanyak dua sesi peragaan diadakan di pentas separuh akhir ini beserta satu sesi temu bual bersama pihak juri. Peserta diuji tentang perkembangan semasa, pandangan terhadap isu terpilih dan keyakinan dalam memberi jawapan.
Empat juri terdiri daripada Encik Faizal Hamid (Pensyarah UiTM), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Senior Plaza Shah Alam), Shaiful Azli Afalley (Pereka Fesyen) dan Puan Ilya Farhana (Pemilik Cirgaro Apparel). Acara hari ini dikendalikan oleh pengacara Karl Shafek dan tetamu dihiburkan dengan persembahan Syafeek Ikhwan yang menyampaikan lagu Jampi dan Terima Kasih Cinta.
Acara akhir Pencarian Wanita Melayu 2018 akan berlangsung pada 28 April (Sabtu) depan dengan kehadiran tetamu kehormat, media dan jemputan yang akan sekali lagi dikendalikan oleh Karl Shafek serta persembahan istimewa Ismail Izzani.
Berikut 12 finalis Pencarian Wanita Melayu 2018
Siti Raihana (18)
Nuraishah (25)
Nur Fatihah (25)
Huda Saber (29)
Nadja Liza (30)
Nur Athiyah Hazirah (23)
Aunee Azrina (25)
Amy Nurtinie (22)
Alya Iman (26)
Siti Mastura (29)
Nurezzeyanti Natashah (20)
Nur Syuhada (22)
TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM
Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.
TENTANG PLAZA SHAH ALAM
Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.