Ditampilkan senarai 20 teratas selebriti wanita paling menawan & gorgeous bergaya dengan pakaian meletop di Anugerah Juara Lagu ke-25 semalam. Sayugia diingatkan, senarai ini sekadar pendapat dari pengamatan Budiey sahaja.
Senarai 20 orang selebriti yang dipilih untuk dinobatkan pakaian paling anggun di Anugerah Juara Lagu 25 mengikut susunan.
Tempat ke-20: Zarina menggunakan warna asas hitam dan putih,
Tempat ke-19 Gaya Zakiah Anas yang terlalu ringkas kadang-kadang membosankan.
Tempat ke-18. Ana Raffali.Serba hitam untuk majlis berprestij seperti AJL25 memang tak sesuai.
Tempat ke-17. Gaya ranggi. Anggun, funky & sesuai untuk Anugerah Juara Lagu.
Tempat ke-16. Sharifah Zarina nampak menyerlah dengan gaun silver ini
Tempat ke-15. Ringkas tapi tampak sempurna. Faradhiya memang cantik pun.
Tempat ke-14. Lutfya manis orang nya. Jaket dan jeans pun boleh buat Lutfya outstanding.
Tempat ke-13. Nurul Syuhada nampak anggun dengan gaya ringkas ini.
Tempat ke-12. Ezlyn seperti mahu menjadi si puteri remaja & ia berjaya tampil ceria.
Tempat ke-11. Anahita Bakavoli menggunakan warna merah terang. Fuh, hot!
Tempat ke-10. Ifa Raziah pastinya melaram habis-habisan untuk AJL kan?
Tempat ke-9. Irma Hasmie sekadar menggunakan kemeja dan seluar. Tampil eksklusif seperti eksekutif.
Tempat ke-8. Betty Benafe menggunakan rekaan Amir Luqman. Gorgeous habis!
Tempat ke-7. Nabila Huda tampil funky dan stailo ala remaja masa kini.
Tempat ke-6. Marsha mahu tampil seksi dan anggun. Lebih terserlah dari yang lain.
Tempat ke-5. Dengan tampil ranggi dan skirt pendek serba hitam, Fouziah Gous nampak sangat gorgeous.
Tempat ke-4 Rekaan unik diinspirasi dari zaman Rome, Intan Ladyana terserlah keayuannya.
Tempat ke-3 Rekaan Wanpa untuk Lisa Surihani ni tampak ceria dan simple. Tapi still meletop!
Tempat ke-2 Gaya futuristik diinspirasi dari filem Star Wars, Yuna terserlah glamornya.
Tempat ke-1 Walaupun ada yang kata gaun ini menampakkan Siti lebih berisi tapi Budiey suka dengan fabrik dan pilihan warna. Siti nampak anggun!