in , ,

Tony Roma’s Lancar Menu Akhir Tahun Direka Khas Oleh Dato’ Fazley Yaakob

Jadikan Setiap Detik Diraikan Sebagai “Masa untuk Tony Roma’s”! Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-50, Tony Roma’s melancarkan menu akhir tahun yang direka khas oleh Duta Jenama Chef Dato’ Fazley Yaakob dengan kerjasama Coca-Cola.

Tony Roma’s menjemput semua pelanggannya untuk meraikan setiap detik manis bersama yang tersayang dengan tawaran hidangan tulang rusuk istimewa, stik lembut dan makanan laut yang lazat. Restoran mesra keluarga itu berhasrat untuk menjadikan saat-saat istimewa – tidak kira besar atau kecil – Masa untuk Tony Roma’s, tempat yang sempurna untuk menikmati pengalaman menjamu selera yang asli, dalam meraikan detik manis bersama.

Tahun ini adalah titik penting buat Tony Roma’s sempena ulang tahunnya yang ke-50. Pada 20 Januari 1972, bapa pengasas syarikat ini, Tony Roma membuka restoran utamanya di Miami Utara, Florida. Restoran itu dengan pantas menjadi salah satu restoran paling popular di Miami dengan pengikutnya tersendiri dalam pasaran.

10b) Team Revenue Valley Group Photo

Di Malaysia, Tony Roma’s telah membuka pintunya buat pertama kali pada tahun 2006 di Sunway Pyramid. Sejak itu, ia telah berjaya menawan hati pengunjung Malaysia dengan tawaran yang lazat dan pengalaman menjamu selera yang menakjubkan. Kini, terdapat sembilan cawangan Tony Roma’s di seluruh negara.

“Kami inginkan Tony Roma’s supaya terus berada di minda pelanggan kami sebagai tempat untuk mereka menjamu selera dan meraikan detik-detik istimewa, tidak kira sempena ulang tahun dan hari lahir, mahupun untuk ‘kemenangan’ kecil dalam kehidupan seperti berpindah ke rumah baharu atau ‘kejayaan’ sempena genap seminggu berada di kolej!

Kami berharap setiap detik istimewa dalam hidup anda akan menjadi Masa Untuk Tony Roma’s. Seronok rasanya membawa yang tersayang ke tempat yang sempurna untuk menikmati tulang rusuk legenda Tony Roma’s, hidangan yang lazat dan banyak lagi,”

7) Daniel Chan, Group Chief Executive Officer of Revenue Valley Sdn Bhd
Daniel Chan, Group Chief Executive Officer of Revenue Valley Sdn Bhd

MENU AKHIR TAHUN TONY ROMA’S

Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-50 dan demi menawarkan pelanggan lebih banyak pilihan hidangan yang menyelerakan, Tony Roma’s telah melancarkan menu istimewa akhir tahun yang lazat lagi menggiurkan. Menu perayaan ini dipilih oleh Duta Jenama dan Chef Selebritinya, Dato’ Fazley Yaakob, dan dengan kerjasama Coca-Cola. 

9a) Brand Ambassador and Celebrity Chef, Dato’ Fazley Yaakob presenting the Year-End Menu
Brand Ambassador and Celebrity Chef, Dato’ Fazley Yaakob presenting the Year-End Menu

Daripada tulang rusuk terkenal Tony Roma’s sehinggalah minuman unik menyegarkan, menu akhir tahun ini akan menghidangkan rasa tersendiri ke meja santapan buat pengunjung – malah menu ini sendiri pun layak menjadi sebab yang istimewa untuk diraikan!

Menu akhir tahun Tony Roma’s membawa kelainan yang berbeza dengan menggandingkan minuman cola dengan tulang rusuknya yang pedas dan berperisa. Untuk Cola Sauce Australian Beef Ribs (RM RM93.90), pengunjung boleh menikmati tulang rusuk daging lembu lembut yang diperap dan direneh dalam cola untuk rasa yang bukan sahaja manis namun juga berperisa daging. Ini dihidangkan dengan pilihan dua hidangan sampingan, brokoli dan jagung. Ia juga dilengkapi dengan minuman ringan yang boleh diisi semula secara percuma.

2b) Oven Prepared Ribs (RM 259.90)
Oven Prepared Ribs (RM 259.90)

Sementara itu, Oven Prepared Ribs (RM259.90) menawarkan sedikit kelainan daripada tulang rusuk Tony Roma’s yang terkenal, di mana kepingan rusuk daging lembu yang enak dilayur dengan mentega herba istimewa Tony Roma’s dan kemudian dimasak perlahan di dalam ketuhar sehingga daging cukup lembut sehingga boleh tertanggal dari tulang! Ia juga disediakan dengan hidangan sampingan jagung dan brokoli yang dipanggang, menjadikannya hidangan yang sesuai untuk dikongsi bersama. Hidangan lazat ini boleh didapati dari 21 November 2022 hingga 2 Januari 2023.

3) Onion Loaf with Cola Dip (RM 23)
Onion Loaf with Cola Dip (RM 23)

Chef Yaakob mempamerkan kreativiti masakannya dengan membawa kelainan unik kepada hidangan pembuka selera Onion Loaf yang terkenal di seluruh dunia. Menu akhir tahun Onion Loaf with Cola Dip (RM23) menampilkan bawang Sepanyol, digolek dalam tepung roti dan digoreng, dihidangkan dengan sos yang diadun dengan sos mayo BBQ yang digandingkan cola untuk rasa yang tersendiri. Semestinya, wajib cuba untuk sesuatu yang berbeza! 

4) Coca-Cola Float (RM 11.90)
Coca-Cola Float (RM 11.90)

Untuk menyempurnakan hidangan ini, Coca-Cola Float (RM11.90) menjadi minuman hebat untuk menemani keenakan rasa ini – segelas minuman bergas yang dihidangkan dengan secedok ais krim vanilla. Manakala Frosted Coca-Cola (RM11.90) yang dihidangkan dalam gelas mug sejuk beku akan mengimbangi segala kenikmatan perisa, dalam setiap tegukan yang menyegarkan.

1) Cola Sauce Australian Beef Ribs (RM 93.90)

Memeriahkan lagi pilihan hidangan yang digemari ramai di Tony Roma’s, menu akhir tahun ini akan tersedia di semua cawangan Tony Roma’s dari 1 November 2022 hingga 2 Januari 2023, memberikan pelanggan lebih tarikan untuk datang berkunjung dan menikmati makanan yang lazat, sekaligus meraikan detik yang indah bersama yang tersayang.

6) Onion Loaf with Cola Dip + Coca-Cola Float + Frosted Coca-Cola

Tony Roma’s Pavilion KL juga telah disahkan halal oleh JAKIM pada tahun ini. Cawangan lain kini berada dalam perancangan untuk menerima pensijilan halal secara berperingkat.

Ayuh raikan saat-saat manis di mana-mana restoran Tony Roma’s untuk mencuba menu akhir tahun baharu yang bakal mencuri hati anda! Penghantaran makanan juga disediakan di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood, serta boleh dibungkus untuk dibawa pulang tanpa sentuhan. Untuk maklumat lanjut, layari www.tonyromas.com.my.

FB @TonyRomasMalaysia 

IG @trmalaysia

Tiktok @trmalaysia

#timefortr

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perkhidmatan WhatsApp Tergendala Gara-Gara Masalah Teknikal

SAJAT

Sajat Buka Mulut Isu Bertelekung di Mekah, Rupanya Dia Dipaksa Pakai